Once you choose hope, anything's possible

Dinner Dengan Dominos Pizza Buy 1 Free 2

 Assalamualaikum.. 

Dinner Dengan Dominos Pizza Buy 1 Free 2 | Menjelang malam pasti buntu nak dinner apa. Jarang sangat kami makan nasi waktu malam. Jadi semalam aku bagitau Lurviey order Dominos je la then pergi pick up sebab nak kena keluar beli ubat kat farmasi. Order di apps je dan pandu lalu ambil bila dah siap. Kebetulan farmasi bersebelahan dengan Dominos Pizza. 

Sebut Pizza aku memang prefer Dominos Pizza. Antara pizza yang aku pernah cuba Yellow Cab (dah tak de dah rasanya), Pizza Hut, Canadian Pizza, US Pizza. Tapi yang tetap menjadi pilihan aku adalah Dominos Pizza. 

Pizza wajib ada Beef/Chicken Pepperoni. Ni memang fave aku dari pertama kali aku makan pizza. Aku pilih New York Crust, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kalau korang order di Dominos Pizza apps, korang boleh customize crust pilihan korang. Nipis sangat pun tak sedap dan kalau tebal, muak pula.

Semalam Lurviey pilih flaming tuna dan rasanya sedikit pedas tapi bagi tekak aku ok lah. Cuma untuk orang yang ada gastrik macam Lurviey tak ok sangat sebab pedas. Walaupun rasa sedikit pedas, banyak juga Lurviey makan ni.

Untuk roti pula Lurviey ambil Cheesy Mozarella Stix. Selalunya Lurviey order Cinnastix tapi semalam Lurviey tukar order yang ni. Aku cinnastix memang aku tak sentuh sebab manis. 

 
Party box fabulous four ni kami add on je. Sebab Naura tak makan pizza tapi kami cuba nak ajar dia makan sesuatu yang baru walaupun hakikatnya memang dia tak makan pun. Semalam dia ambil dan jilat mini cinnadots tu dan gigit sikit. Ada la perubahan berbanding sebelum ni. Sekurang kurangnya ada keinginan nak cuba makanan baru. Harga party box RM19 jika beli combo dengan deal Buy 1 Free 2. Total Deal Dominos Pizza Buy 1 Free 2 dengan Party Box Fabulous For RM53.30 termasuk service tax. 

 

 P/S: Teringin nak cuba Pizza San Fransicso. Selalu lalu kat situ bila nak pergi Aeon Big Wangsa Maju


Tag : food
10 Comment for "Dinner Dengan Dominos Pizza Buy 1 Free 2 "

sedapp jga kan layan pizza
sb kadang2 dah buntu nk masak apa

Saya pun lebih gemar Dominos Pizza. Favourite choice - Tuna Temptation :)

berkenan la pulak party box tu...!

Nampak sedap pula mozarella stix tu, biasa ambil chicken quatro.

paling suka domis klu beli thin crust ehhe...
paling suka perisa classified chicken

mmg puas hati beli.. mcm2 ada...

suka juga dominos pizza..yg dh vaksin ada promo 2 regular only rm19 jimat..cpt2 grab tau smp 30 ogos xsilap

CCL lebih suka pizza dari domino berbanding pizza di pizzahut . Domino lagi sedap

Samalah kita kak naniey, memang lagi suka domino pizza berbanding pizza hut kikiki.

Lama tak mkn dominos. Cheezy mozarella tu kalau dh sejuk tak best

Back To Top