Once you choose hope, anything's possible

Karpet Heritage Index Cantik Dan Harga Murah Di Bawah RM50

 Assalamualaikum... 

Karpet Heritage Index Cantik Dan Harga Murah Di Bawah RM50 | Akhirnya karpet yang ditunggu tunggu telah sampai. Aku tengok ramai yang recommend karpet daripada seller kat shopee Heritage Index ni. Memandangkan PKP ni susah nak pergi hantar basuh karpet kat rumah aku, jadi aku beli karpet baru. Karpet yang kotor tu aku simpan kat stor dulu sementara nak hantar basuh. Karpet mahal sayang buat lasak jadi beli yang murah ni untuk buat lasak. Kalau mama mama ku tahu ni mesti kena marah beli barang murah. 

Karpet kat Heritage Index ni banyak juga yang cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana. Ada yang ready stock dan juga perlu pre order. Yang aku beli ni kena pre order sebab yang ready stock tak de yang warna hitam. Jadi kena menunggu dengan penuh kesabaran sebab item pre order. Tak de la lama sangat menunggu. 


Nipis je karpet ni, kena dengan harganya.

Review Karpet Heritage Index 

  1. Packaging daripada seller ni kemas dan karpet digulung bukan dilipat. - Alhamdulillah aku terima karpet ni dalam keadaan elok walaupun stuck kat JNT 5 hari. 
  2. Harga murah RM41.70 tidak termasuk penghantaran
  3. Karpet bersaiz 160cm*200cm ringan dan tidak tebal.
  4. Jahitan tepi karpet juga kemas dan lapisan bawah karpet anti slip.
  5. Ada banyak jenis printed design yang cantik dan menarik. - jenis velvet dan tak gebu ye.
  6. Mudah dibasuh dan cepat kering - disebabkan ianya tak tebal jadi cepat kering. 
  7. Di iklan seller claim pack dalam roll cardboard tapi aku terima tak de cardboard pun. Hanya dalam dua lapisan plastik tebal.  

 

Below RM50


Dengan harga dibawah RM50 dan kualiti yang aku dapat, sangat berpuas hati. Musim PKP ni nak decor rumah bajet PKP boleh beli online je. Nak keluar beli karpet memang tak dapat la musim pandemik ni.  Semua dihujung jari. Klik klik je. Aku plan nak beli karpet lagi nak letak kat bahagian meja makan sebab tikar yang aku guna buat alas kat meja makan tu dah nak koyak dah. RM10 je aku beli kat Aeon Big. 

P/S: Entri check up 27 bulan semalam macam misleading. Hehe..
14 Comment for "Karpet Heritage Index Cantik Dan Harga Murah Di Bawah RM50 "

Alhamdulillah.. Berbaloi dengan harga..

Boleh la try beli jugak karpet ni sebab memang tengah mencari jugak sebab sakit bontot duduk atas lantai kalau blogging hahaha. Nampakk cam okey je, harga pun acceptable.

Nampak classic lah design nya.. haih macam tertarik la pulakk

Design dia okay..bg shida menarik juga, harga pun okay..

Menarik pula karpetnya, tergoda la jugak..

Ada banyak kebaikkan hari surah waqiah, inshaAllah nak baca setiap hari, moga dipermudahkan Aamiin.

Cantik corak karpetnya. Saiz besar dan harga macam tu okaylah. Sekarang semua beli online je. Murah pun murah kan

Kena rajin kunjungi shopee, belek-belek barang dan sekaligus harganya juga. Untung tuah, dapatlah harga murah dan barang berkualiti.

Kena rajin kunjungi shopee.
Untung tuah dapat harga murah , barang pun berkualiti.

Cantik dan harga pun murah . Berkenan dengan design karpet tu . Kalau kedai kat luar susah nak cari design yang cantik2 macam ni

Nak beli karpet juga untuk bilik biar rasa best gitu hahaha

Tapi rasa mahu beli yang bebulu

Back To Top