You don’t have to be big. You have to be remarkable

Floor Lamp Cantik Dan Murah Menenangkan Suasana Waktu Malam

Assalamualaikum.. 

Floor Lamp Cantik Dan Murah Menenangkan Suasana Waktu Malam  | Dah lama aku cari floor lamp dan aku berkenan floor lamp IKEA tapi disebabkan warna putih maka aku tak jadi beli dan cari yang lain. Padahal boleh je cat kan, tapi duk kat rumah langit ni aku tak de ruang untuk aku sembur cat. 

Dua bulan lepas aku beli floor lamp ni di shopee. Biasalah PKP tempat mana lagi nak shopping kalau bukan di shopee. Klik klik bayar tunggu barang sampai je. Setakat ni aku berpuas hati dengan floor lamp ni dan hampir setiap malam aku on lampu ni menjelang jam 12 tengah malam sebab nak buat kerja kat laptop depan TV sambil menonton Netflix. 

Salah satu parcel yang agak lama aku tunggu, stuck kat JNT Selangor Gateway lama betul disebabkan ada kes positif di kalangan staff JNT. Jadi bertabahlah menunggu dengan harapan parcel aku sampai dengan selamat. Alhamdulillah parcel sampai dengan selamat dan packaging daripada pihak seller juga memuaskan

Pandangan dari atas

Base lampu ni boleh tahan berat dan kukuh jadi tak perlu risau sebab memang stabil walaupun ditiup angin. Cara pemasangan juga mudah. Aku beli sekali dengan bulb 3 warna LED. Material lamp shade daripada fabric dan boleh di lap untuk pembersihan daripada habuk. Cuma bahagian lamp shade tu tak kukuh dan bergoyang sikit. Kalau angin tiup jadi senget kedudukan lamp shade tu.

Saiz floor lamp ni tak tinggi dan tak rendah. Nama pun floor lamp kan.  Di sebabkan aku pilih bulb 3 warna LED aku kena tekan 1-3 kali untuk pilih cahaya yang aku nak. Floor lamp ni harga di bawah RM100 termasuk penghantaran. Murah kan? Aku rasa dah murah dah ni dengan saiz dan kualiti yang aku dapat. 

Kalau korang berminat boleh la ke kedai seller ni kat shopee. Till then... 

 


P/S: Kat otak aku sekarang tengah fikir nak beli ikan dan nak buat kolam kecil, dan nak beli air pancut solar. Tapi rumah aku tak kena matahari. Terpancut tak air tu nanti?



  

Tag : home decor
12 Comment for "Floor Lamp Cantik Dan Murah Menenangkan Suasana Waktu Malam "

Suka dengan floor lamp yang berbentuk macam tu nampak rumah cosy, tentang pancut tu, menarik, bersolar ke, tak arif pula hehe..

Cantik design floor lamp tu . Berbaloi dengan harga .
Eh ! Haritu CCL pun ada add to cart floor lamp . Dah lupa jenis mana & berapa harga .

pasal kolam ikan tu, kalo takde matahari, letak lampu..hahahhaha

cantik lampu ni. sy pn suka👍👍tp kalau bela kucing dlm rumah mmg x leh psg. habis nnt dikerjakan lampu ni kalu dpt yg jenis nakal tu😆

Time-time sekarang ni memang shoppee selalu, tapi tulah kalau j&t problem..jenuh lah nak menunggu dan doa je lah packaging tak rosak

Macam nice gakk floor lamp ni, boleh on malam malam bila blogging and bila dah tutup lampu utama dalam bilikkkk, at least tak ganggu orang lain yang nak tidurrr kan kak naniey.

Cantik design floor lamp ni. Minimalist. Lamp shade jenis macam ni mungkin biasa kurang kukuh kot. Macam tak stable tengah tengah dia melainkan kalau ada skru untuk kukuhkan dia.

Pernah ada pengalaman j&t peram parcel sbb ada staff positif covid. sebulan baru sampai. huhu..sabar je lah kan.

wahhhh.. cantik ni... teringin juga nak ada lampu yang macam ni...

Terfikir juga nk beli lampu mcm ni dlm shopee ada mcm2 jenis dan harga. Tak boleh kalau tidur dlm suasana gelap gelita.

Cantiknyabdesign floor lampnsis..Sy pon suka floor lamp mcm ni... sy bru sebulan guna floor lamp tp ikea punya.. murah dn terang 1 rumah... done follow #1144

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top