You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Netflix Movie : Aftermath (2021)


 Assalamualaikum.. 

Review Netflix Movie : Aftermath (2021) | Sambil siapkan kerja, sambil tengok movie. Movie Aftermath ni based on true event dan baru je release malam tadi. 

Baca :REVIEW NETFLIX MOVIE : YES DAYREVIEW NETFLIX MOVIE : TRILOGY FEAR STREET

Sinopsis 

A young couple (Natalie dan Kevin) struggling to stay together, when they are offered an amazing deal on a home with a questionable past that would normally be beyond their means. In a final attempt to start fresh as a couple they take the deal. However, soon after moving in, the couple falls prey to strange and disturbing occurrences, and eventually learn that the house has a more troubling history than either of them anticipated.

Pada mulanya aku ingatkan Aftermath ni movie horror dan setelah habis tonton, movie ni more to mystery. Rumah yang dorang beli tu sebenarnya rumah bekas orang mati bunuh diri. Normally kalau rumah yang ada sejarah macam ni harganya akan murah daripada harga pasaran sebenarnya. Di sebabkan harga yang ditawarkan tersebut menarik minat Kevin untuk beli dan memulakan perkahwinan mereka. Dorang ni memang ada masalah dan masih mengikuti but both memang betul betul nak betulkan perhubungan mereka. 

Baca: REVIEW NETFLIX MOVIE : MIMI      |   REVIEW NETFLIX MOVIE: CHERNOBYL 1986

Natalie pernah nampak kelibat orang dan juga dengar bunyi bunyi pelik dalam rumah tu dan Kevin juga pernah dengar dan dorang buat laporan polis dan setelah disiasat langsung tiada tanda tanda orang pecah masuk rumah mereka. Bila perkara jadi macam ni mereka sering bertekak dan bergaduh even semasa terapi pun dorang bergaduh. Masing masing tertekan dengan apa yang berlaku. 

Satu hari, ketika Natalie keseorangan, ada seorang yang tidak dikenali datang ke rumah mereka. Lelaki tersebut bertindak ganas dan cuba untuk merogol Natalie tetapi Natalie sempat tikam dengan gunting belakang lelaki tersebut. Semasa di pejabat polis, pegawai polis beritahu bahawa lelaki tersebut berkait rapat dengan Robert, orang yang jual rumah tersebut di mana dia adalah pewaris rumah tersebut. Polis juga memberitahu bahawa Robert upah orang hanya untuk menakut-nakutkan mereka supaya mereka membatalkan pembelian rumah tersebut. Robert juga menafikan bahawa pernah pecah masuk rumah tersebut.  

Baca: REVIEW NETFLIX MOVIE : RESORT TO LOVE 

 

Jadi siapakah yang berada dalam rumah tu? Kalau korang nak tahu korang kena tengok la sendiri. Level seram or takut tu biasa biasa je. Aku kurang berpuas hati dengan ending dia sebab tiada penjelasan. Macam tergantung gitu je. Mungkin aku yang tak faham kan. 


P/S: Hari ni ada acara sukan Olimpik yang ditunggu tunggu... Korang tengok tak? 





5 Comment for "Review Netflix Movie : Aftermath (2021) "

Nak tengok, tapi cuak lah pulak nak tengok sorang sorang. haha penakut orangnya mmg gini

Suspen betul tengok cerita macam ni. Tak suka betul kalau ending dia macam tergantung. Huhu

Macam menarik laa cerita misteri2 ni . Nak tengok jugak la

macam suspen je cerita ni..siapalah yang pecah masuk rumah tu, nervous betul!

baca sinopsis je dah terasa seram.. nak tgk la

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top