You don’t have to be big. You have to be remarkable

Terpaksa Cari Ubat Cacing Boleh Campur Susu

Terpaksa Cari Ubat Cacing Boleh Campur Susu

 

Assalamualaikum.... 

Beberapa bulan lepas Naura dapat sekali lagi ubat cacing daripada KK. Enam bulan sebelum dah dapat ubat cacing tapi tak berjaya pun makan sebab dia pandai keluarkan. Ubat cacing yang KK bagi tak boleh campur susu. Ini yang susah bila tak boleh campur dalam susu. Selasa lepas aku cuba bagi ubat cacing yang KK bagi kali kedua. Struggle nak bagi dengan keadaan dia menangis dan meronta. Walaupun masuk dalam tekak dalam beberapa minit kemudian dia muntah. Pening mommy ! 


Terpaksa la aku check ubat cacing apa yang boleh masukkan dalam susu. Aku baca kat group ibu ibu ni, boleh beli ubat cacing tablet lepas tu tumbuk bagi hancur dan masukkan dalam susu. Selain tu ada juga ubat cacing macam gula gula, tapi Naura tak pandai hisap gula gula dan aku tak rasa dia akan makan. Aku tanya pharmacist ubat cacing apa yang boleh campur dalam susu. Pharmacist bagi ubat cacing zentel. 


PENTING KE UBAT CACING? 

Sumber: Facebook

Pengambilan ubat cacing ini bukan terhad kepada kanak-kanak sahaja tetapi orang dewasa pun perlu ambil ubat cacing sebagai langkah pencegahan sekiranya korang ada tanda tanda kecacingan.  Aku rasa ramai yang kurang titikberatkan masalah ni termasuklah aku. Bila last korang makan ubat cacing? Aku rasa last aku makan ubat cacing masa kecil dulu la.

Punca Punca Jangkitan Cacing 

 

  • Tidak membasuh tangan sebelum makan. 
  • Makan daging mentah atau tidak dimasak sempurna ( yang suka makan sashimi tu pun kena ambil ubat cacing ni. 
  • Tidak membasuh sayuran dan buah buahan dengan sempurna.
  • Minum air tercemar atau tidak terawat
  • Jangkitan daripada haiwan peliharaan. 
  • Berkaki ayam diatas tanah. 

 

 Tanda Tanda Jangkitan Cacing 

 

  1. Keluar cacing daripada lubang najis atau nampak cacing pada najis - Naura tak de tanda ni.
  2. Gatal sekitar lubang najis (dubur) - Naura memang ada bagitau gatal punggung
  3. Anemia- kurang darah sebab ada cacing yang menghisap darah.
  4. Tiada selera makan, pucat.
  5. Kurang berat badan walaupun selera makan ada. 
  6. Keletihan luar biasa - lesu, kurang fokus, gelisah, demam, murung. 
  7. Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night) - Naura tak de tanda ni tapi ada ibu ibu kongsi di facebook anak mereka begini ketika tidur. 
  8. Sakit perut dan sentiasa lapar - Kebelakangan ni aku perasan setiap kali Naura lepas minum susu dia akan cakap sakit perut. Dan dua tiga hari ni dia terlalu banyak minum susu dan minta nak minum susu walaupun baru je minum setengah jam lepas. 
  9. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopok mata
  10. Batuk batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, astma (cacing di paru paru) 
  11. Sembelit/Cirit Birit

  

Langkah Pencegahan. 

 
Ambil ubat cacing paling kurang 6 bulan sekali.
 
  • Ubat cacing boleh dimakan oleh kanak kanak berumur 1 tahun ke atas (atas nasihat doktor( dan juga dewasa 
  • Dos ubat cacing 
    • i- kanak-kanak 1-2 tahun ialah 5ml @ separuh botol sirap ubat cacing.
    • ii- kanak-kanak 2 tahun keatas dan dewasa : 10ml (sebotol)=2 biji ubat cacing
  • Wanita yang disahkan hamil tidak boleh mengambil ubat cacing

Tertarik aku satu perkongsian oleh seorang ibu yang mengatakan dia tak pernah miss bagi anak dia ubat cacing setiap enam bulan dari anaknya kecil sehingga umur 8 tahun. Anaknya jarang sakit.

 

Sumber: Facebook

Benda nampak remeh tapi bahaya menanti sebenarnya. Bukan mata je boleh buta, yang selalu pakai skincare or supplement tak jadi pun, boleh jadi punca cacing juga. 

 

P/S: Pinggang sakit dua tiga hari. Aduh.. Nak pusing kiri kanan pun sakit.. 


 

 

 

 

Tag : nanieydom
3 Comment for "Terpaksa Cari Ubat Cacing Boleh Campur Susu"

Masa kecik2 dulu suka makan ubat cacing yang macam sirap manis tu

Harap jumpa lah solution. Pandai pulak dia keluarkan. adududu..pening mommy.
Seram pulak dengar cerita hampir buta tu. huhu...

rasanya ada ubat cacing vergi gula2 cuba cari

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top