You don’t have to be big. You have to be remarkable

Ikan Jenahak Steam Chinese Style

 Ikan Jenahak Steam Chinese Style

 

Assalamualaikum... 

Memandai je aku claim chinese style. Any recipe yang guna minyak bijan terus aku cop resepi tu as chinese style. Boleh gitu? Dalam pantang ni duk ulang tayang menu sama muak juga. Semalam mama bagitau dah boleh dah makan ayam sikit tapi lagi bagus kalau dapat ayam kampung. Luka dah kering jadi boleh la makan ayam. 

Aku kalau bab masak memasak ni memang nak simple je. Dalam pantang ni lagi la aku nak benda yang cepat dan mudah. 

Gambar sebelum masak je ada. Yang selepas habis ku telan tak sempat ambil gambar. 😂

RESEPI IKAN JENAHAK STEAM UNTUK IBU BERPANTANG 

 

Bahan-bahannya

  • 1 hiris/ketul ikan jenahak
  • Halia yang dihiris
  • Bawang putih dihiris/dicincang
  • Minyak bijan - aku letak lebih sebab memang suka minyak bijan ni
  • Kiub ayam/mushroom seasoning
  • Lemon 

Cara caranya

  1. Campur semua bahan dia atas termasuk perahan lemon dan kukuskan sehingga ikan masak
  2. Siap untuk dihidang !  Makan dengan nasi panas dan crunchy garlic.

Mudah kan? Hehe.. Aku teringin nak makan kubis bunga tapi tak berani sebab takut angin. Kalau bukan pantang elok je tak angin tapi sebab dalam pantang ni aku tak berani nak cuba makan. Kalau aku je angin tak pe la sebab berani makan berani tanggung. Di sebabkan menyusu Aryan memang tak berani la sebab ada beberapa hari lepas aku salah makan kembung perut. Nak tidur pun terganggu. Sudahnya aku yang stress. Nasib baik Lurviey ada tolong tuam baby. Lega dan lena si Aryan tidur. 

 

P/S: Ada suggestion tak kat mana staycation best area KL & Selangor ni?


Tag : resepi
5 Comment for "Ikan Jenahak Steam Chinese Style"

Kalau Chinese Style ni selalunya aromanya lazat-lazat kan?

Kalau lauk pantang, org x pantang pun selera makan..ye tak?

Lazat ni..yet simple je kan

Kalau berpantang makan lauk Chinese ste memang best kan... Saya pun suka

yummy memang sedap kalau minyak bijan banyak. mama pun suka

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top