Special Offer

Author

Hitam itu Keunggulan

Salam Semua


Phewittt.... Perghhh.. Tajuk entri pun tak boleh bla kan.. Hitam itu KEUNGGULAN.. Tetiba teringat iklan rokok time aku kecik-kecik dulu yang ada burung helang ngah terbang tu. Kalau tgk wardrobe aku masa time Uni dulu semua baju melankolik je.. Gelap je semua.. Boring da aku tgk. Nak tukar wardrobe la. Tak kira.. Bulan depan nak sambar handbags dulu.. Nak jugak. Nak cakap pasal hitam ni banyak benda yang berkaitan ngan hitam. Ok tengok kat bawah la eyh

1. Blazer/Kot Hitam/Kasut
Kalau ada AGM kat big company or meeting ngan delegasi luar mostly orang prefer warna hitam kan. Ada ke orang pakai blazer pink,orange,biru,merah mcm tu? Tak kan.. Kau nak mampus majlis formal nak berpelik-pelik macam tu. Unless kau tu artis and attend majlis yg tak formal. Nak berbisness pakaian kena la proper kan. :)

2. Kucing Hitam
Sebut kucing hitam je, ada yang tak suke sebab kucing hitam ni buruk, hodoh dan dikaitkan dengan kisah seram.. Kesian kau kucing.. Oittt.. Kucing tu tak mintak lahir hitam pun.. dah mak bapak die hitam sebab tu la hitam jugak.. Macam kau yang hidung kemek/mancung mesti mak ayah korang berhidung kemek/mancung kan.. Betul ke pasal kucing hitam langkah mayat leh hidup? Wonder sampai skang? Lau tgk movie tu mayat hidup balik tapi kalau nak matikan balik mayat tu macam mane? Sejauh manakah kebenaran kucing hitam langkah mayat and hidup balik? Kalau kucing putih langkah?

3. Panda
 Nak jugak terselit kan.. Hehe.. Panda kan aku suka.. Mesti la kena sebut jugak sebab kat panda pun ada elemen hitam gitu... 

 4. Yin Yang
Yin dan Yang saling berlawanan dalam interaksi dengan dunia yang lebih luas dan sebahagian dari sistem yang dinamik. Yin adalah sisi hitam dengan titik putih pada bahagian atasnya dan Yang adalah sisi putih dengan titik hitam di bahagian atasnya. (nak describe yin dan yang je.. bukan nk ckp pasal yin dan yang :p) 

5. Kulit Hitam
Bile kulit hitam je terus mula la nk diskriminasi kan.. Kalau dapat anak kulit hitam mula la macam kurang kasih sayang kat anak. Sebab apa? Sebab hitam.. Damn la kalau those yang ada pemikiran mcm ni. Tak baik tau tak..Hitam/putih bukan kau yang buat.. Tapi Allah S.W.T/ Eeee... tak faham ngan sikap segelintir individu yang ejek-ejek hitam. Ish..Tapi kelebihan orang kulit hitam ni is melanin. So susah la nak dapat jeragat. Tgk ada kelebihan tuuu.. Kulit hitam kadang-kadang lebih cantik, licin dan sihat daripada orang yang berkulit putih. Emm actually lebih tpt lagi kulit gelap/cerah instead of hitam/putih. Hehe.. Saje nak kaitkan ngan hitam..

6. Tuxedo/Gaun Putih
Ni lak pasal pengantin yang memilih untuk nampak ala-ala barat kan utk photoshoot then pilih tuxedo and gaun putih. Kebanyakkan aku tgk hitam/ putih la. Ada ke yang pilih warna lain? Emm.. Mesti nampak buruk kan. Eyh... Sapa aku nak judge dorang? Ini hanya pendapat peribadi je.. Tak menuju kat sapa-sapa. Lau terasa terpulang la.

7. Berkabung
Asal berkabung je pakai baju warna hitam kan.. Mat saleh ok la.. Tapi yang Melayu ni, kat drama-drama tv tu.. Asal mati je mula la stok2 bajet datin pakai jubah hitam. Kenapa tak pakai warna putih. Kan lagi ok sikit. Pandangan peribadi aku je sebab nampak macam lagi suram.. Yang mati tetap akan mati. Ajal maut di tangan tuhan. Life is Short. So gunakan masa dan kesempatan yang ada ke arah kebaikan (nasihat untuk diri sendiri jugak)

*. Motif gambar kat atas?
Abis da.. Motif gambar aku ngan Lurviey kat atas adalah sebab dua-dua pakai baju hitam. So saje je nak melengkapkan entri Hitam itu keunggulan kan. Bukan ada sapa dengki pon.. So letak je la. Sekian. 

P/S: Hidup itu WARNA


Tag : emovere, personal
0 Komentar untuk "Hitam itu Keunggulan"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top