You don’t have to be big. You have to be remarkable

Dengan Camay Repellent Tiada Lagi Lipas Durjana.. Inilah Hasilnya


 Assalamualaikum.. 

Dengan Camay Repellent Tiada Lagi Lipas Durjana.. Inilah Hasilnya | Seminggu sebelum PKP 1.0 aku balik kampung sebab adik aku nak bertunang dan belum sempat balik Selangor, PKP diumumkan. Maka, tersadailah kami kat kampung selama 3 bulan. 

Balik kat sini, perkara pertama aku buat adalah periksa keadaan peti sejuk aku. Perghhh nangis kalau korang tengok ! Aku tak de gambar pula nak tunjuk kat korang. Boleh berjemaah geli sama sama. Peti sejuk aku dah tak rupa peti sejuk dah weh. Jadi sarang lipas. Aku dah la geli lipas tapi siapa lagi nak bersihkan kalau bukan aku. Terpaksa tahan geli cuci mesin basuh. 

Settle mesin basuh aku bersihkan rumah dan aku tahu lipas terlalu banyak dalam rumah aku sekarang. Walaupun rumah bersih, mop selalu, lipas tetap ada. Tutup je lampu waktu malam, masuk bilik then keluar balik selepas setengah jam, buka lampu nampak lipas sedang berpesta kat lantai rumah aku. BANYAK WEH !! 

Aku buka facebook nak cari apa yang boleh bunuh lipas ni tapi tak de bau seperti iklan pembunuh serangga perosak dalam TV tu. Then aku jumpa CAMAY REPELLENT ni. Member aku jual. Aku tanya dia pasal Camay ni sebelum beli sebab nak pastikan ok ke tak. 

Camay Repellent merupakan spray serangga super efektif yang mampu membantu anda membasmi dan menghapuskan serangga dengan cepat, berkesan dan selamat. Semburannya yang tahan sehingga berminggu-minggu lamanya mampu memastikan serangga yang baru datang akan hilang dari pandangan.

 Cara Guna Camay Repellent

  1. Goncang dahulu botol sehingga larutan di dalamnya bercampur.
  2. Halakan muncung spray pada kawasan dimana terdapatnya serangga atau laluannya (spot area).
  3. Semburkan dilaluan dan sarang serangga.
  4. Jangan dilap selepas disembur.
  5. Biarkan ia kering dengan sendiri.
  6. Jika terkena mata, basuh dengan air yang banyak.

Alhamdulillah, inilah hasilnya sekali semburan. Aku sembur dalam bilik yang aku buat simpan barang je. Tak banyak pun aku spray. Bangun pagi, tu yang aku nampak. Quite impressed dengan #camayrepellent ni sebab tak sangka sembur gitu gitu je pun boleh mati. Dan yang paling penting tak de bau yang menusuk hidung or bau chemical sebab bahan bahannya organik

Repurchase? Yes, aku dah beli botol yang kedua dan nak habis dah pun. Inshaallah botol ketiga menyusul. Aku beli Camay ni memang untuk lipas je. Camay claims boleh bunuh semua serangga tapi so far Camay tak selesaikan masalah semut kat rumah aku pun. Hehe.. Tak kisah mana pun sebab yang paling penting lipas durjana tak de lagi. 

Korang yang ada masalah dengan lipas ni boleh la try Camay Repellent ni. Boleh dapatkan dengan agen sah Camay or boleh beli dengan member aku, Ayu 014-2587214.

 

 P/S: Susah betul nak hapuskan lipas ni. Tak tahu dah nak hapuskan terus macam mana..

 

 

3 Comment for "Dengan Camay Repellent Tiada Lagi Lipas Durjana.. Inilah Hasilnya "

Ramai jugak yang suggestkan produk camay ni untuk bunuh serangga

Boleh bayang keadaan peti sejuk tu sebab pernah berlaku jugak dekat saya haritu. Menangis tengok makanan dalam peti sejuk berulat hahaha. Uishhh meriah nau lipasnya kak naniey, memang menjadi sungguh la eh camay tuu.

Bagus ada produk yang berkesan. Banyak terkorban tu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top