You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara 'Cleansing' Kristal

 Assalamualaikum.. 

Cara Cleansing Kristal | Sebut pasal kristal ni aku terjebak beli masa PKP 2.0 hari tu. Sebenarnya secara tak sengaja aku join live session di Shopee dan rasa macam menarik sangat batu kristal untuk aku beli. Lepas tu aku terjoin pula live dengan Chinese Malaysia yang memang buat sharing kebaikan setiap jenis batu kristal. Sambil menjual sambil memberi ilmu gitu. So hari ni aku nak sharing berkenaan dengan cara 'cleansing' kristal. 

Kenapa WAJIB CLEANSING? Tujuan cleansing adalah untuk betulkan semula magnetic field. Contohnya korang beli crystal online dan sebelum sampai kat tangan korang, dah ramai orang yang sentuh. Jadi penting untuk neutralized 'disturbed' magnetic field.  

Kaedah 'Cleansing' Kristal.

Water Flow - Cara yang paling mudah untuk korang bersihkan dan neutralkan kembali aura kristal tu adalah dengan basuh di bawah air yang mengalir selama lebih kurang 2 minit. Tapi tak semua kristal boleh basuh bawah aliran air contohnya seperti selenite, azurite, angelite memang tak boleh kena air ye. Kalau kena air habis la hilang batu korang tu hancur berkecai. Make sure korang tahu jenis batu kristal sebelum cleansing. 

Garam kasar/himalayan salt - Cara kedua ni pun sangat senang dan sebelum ni aku ada sharing aku cleansing gelang ruby aku. Korang boleh benamkan gelang kristal korang ke dalam garam himalaya semalaman. Jangan letak air! Kenapa guna garam? Garam ni tujuannya untuk absorb tenaga negatif daripada kristal dan selepas guna untuk cleansing boleh buang garam tersebut. Kaedah ni kena extra care sebab garam sangat kasar dan boleh merosakkan kristal korang. 

Daun Sage - Kaedah ni bagi aku macam leceh sikit sebab korang kena cari daun sage yang kering dan kemudian perlu bakar dan korang perasapkan kristal korang. Maknanya korang letak kristal kat asap hasil bakar tu. 

Crystal Gravel/Cluster/Tower - Untuk kaedah ni aku guna crystal gravel sebab gravel je yang mampu milik. Cluster dan Tower kalau yang besar kurang mampu bagi aku untuk laburkan duit. Untuk gravel tu korang boleh guna seumur hidup.  Tak perlu tukar or buang tapi jangan guna obsidian gravel. Aku prefer guna clear quartz gravel. Kalau korang nak guna tower dan cluster, guna yang besar bukan yang kecil sebab batu besar boleh removes tenaga yang tidak diperlukan daripada batu yang kecil. 

Jemur dibawah cahaya bulan (bulan penuh) atau matahari - Daripada live yang aku belajar tu, jemur matahari ni kurang bagus sebab nanti kristal jadi tak cantik. Jemur bawah cahaya bulan lagi bagus. Kristal tak suka matahari sebab kristal ni berasal daripada bawah tanah. Kalau nak jemur bawah cahaya bulan boleh letak di atas tanah atau boleh letak atas permukaan kayu. 

Singing Bowl - Crystal juga boleh cleansing melalui bunyi dengan menggunakan Singing Bowl. Caranya korang letak singing bowl korang kat permukaan rata berlapik dan letakkan kristal yang korang nak cleansing di sekeliling bowl tu. Then ketuk bowl tu dengan pengetuk yang disediakan semasa korang beli singing bowl dan sapu sekeliling bowl ikut arah jam.

So far, kaedah yang aku belum pernah guna untuk 'cleansing' kristal aku menggunakan singing bowl, daun sage dan jemur bawah cahaya bulan. Singing bowl tu kena cari yang original sebab ada orang jual fake singing bowl. Fake singing bowl memang tak menghasilkan getaran bila diketuk dan tak boleh nak buang tenaga negatif yang ada pada kristal. Apapun method yang korang gunakan, pastikan korang tahu jenis kristal korang sebelum buat 'cleansing'.

Kalau ada duit berlebih lebih nanti, aku nak beli satu amethyst geode (purple) ni. Cantik sangat. Aku memang tertarik dengan geode ni tapi mahal sangat. Mampu tengok je kalau lalu depan kedai kristal. Kalau yang kecil cinonet pun harga boleh tahan mahal apatah lagi yang besar gini. Biasanya kalau geode ni dorang jual ikut saiz dan berat timbangan.

3 Comment for "Cara 'Cleansing' Kristal"

ada pelbagai jugak ya cara bersihkan kristal ni

Wah rupanya banyak cara untuk bersihkan dan ikut jenis kristal ya? Ingatkan lap dengan kain lembap saja.

Tak pernah tahu pasal kristal ni. Pernah nampak lampu tu je. Maksudnya tak boleh lah bersihkan guna berus atau kain. Paling senang water flow tu lah.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top