You don’t have to be big. You have to be remarkable

Hadiah Giveaway ShalimarYusof Dah Sampai

 Assalamualaikum... 

Hadiah Giveaway ShalimarYusof Dah Sampai | Alhamdulillah hadiah  Giveaway ShalimarYusofDotCom  selamat sampai. Tak sangka ada rezeki menang giveaway ni. Terima kasih Sha. Korang nak tengok hadiah apa yang aku dapat? 
 
 
*Drum Rolling


Custom Sticker Kad Touch N Go. Aku letak gambar kami bertiga supaya Lurviey ingat kami setiap kali  guna tol. Kebetulan kad touch n go dah terkopek plastik jadi boleh tepek dengan sticker ni pula. Gambar ni di ambil beberapa hari sebelum PKP 1.0 dilaksanakan di negara kita. Ini juga pertama kali aku bawa Naura ke pantai. Sticker ni ditaja oleh Philosophy Design. Korang boleh dapatkan custom sticker di shopee Philosophy Design. Selain custom sticker kad touch n go korang boleh juga buat sticker untuk kad bank


Jutebag ni di taja oleh Batik Raifili Shalimar ...Cantikkan? Ni jutebag pertama aku yang ada nama aku terpampang kat situ. Tak sabar nak guna jutebag ni bila keluar nanti. 


Korang kalau nak beli kain batik viral yang cantik boleh tengok kat facebook Batik Raifili Shalimar ni. Cantik cantik tau.  
 

Bila nak habis zaman pandemik ni pun aku tak pasti. Tak sabar nak keluar jalan jalan, nak bawa Naura explore dunia luar. Aku yang tak sabar nak guna jutebag ni juga. Apapun terima kasih buat blogger Shalimar Yusof atas hadiah ni. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
 

P/S: Lurviey tanya nak ke mana beria pakai baju jalan jalan. Aku bagitau nak ambil gambar ni je. Nak tunggu keluar jalan jalan, ntah bila dapat keluar.  LOL !

11 Comment for "Hadiah Giveaway ShalimarYusof Dah Sampai "

Tahniah Naniey..bergaya habis lah bila keluar nanti

Alhamdulillah , rezeki menang GA . Semua hadiah nampak cantik . Tertarik juga nak cari custome kad TNG tu .
Jute bag pun nampak cantik . Bokeh bawa g opis

Tahniah Nani.
Rezeki berblogging ni. Moga ukhuwah terus berpanjangan.

In shaa Allah, husband kak naniey akan sentiasa ingat bila tengok card tu hahahaha, lawa gak letak gambar gitu dekat card, boleh letak gambar family ke diri sendiri ke kan

Tahniah Naniey. Seronoknya dapat hadiah. Jutebag itu lawa sesuai dengan tuannya :)

Alhamdulillah..Tahniah naniey. Seronoknya dapat hadiah custom made ni. Boleh letak design dan nama yang kita nak.

Tahniah, Naniey! Bolehlah bergaya dengan jute bag tu nanti :)

Alhamdulillah tahniah. Boleh bergaya dgn beg tu nanti hehe. Cantik

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top