You don’t have to be big. You have to be remarkable

Slot Cempaka TV3 | Lelakimu Yang Dulu

 Assalamualaikum... 

Slot Cempaka Lelakimu Yang Dulu | Tadi baru je habis tengok cerekarama Tiada Lagi lakonan Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Jay Iswazir dan Dayang Areeda. Masa iklan tu aku tengok ada promo Slot Cempaka Lelakimu Yang Dulu. Nampak macam menarik drama tu tapi yang mengejutkan aku adalah waktu tayangan pada jam 8 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Macam pelik pula tapi itulah pembaharuan ikut norma baharu di TV3. 


Sinopsis Lelakimu Yang Dulu ( Drama adaptasi Novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna).

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

Drama ni pernah ditayangkan pada tahun 2019 dan mungkin ada sesetengah daripada korang dah tengok drama ni. Drama ni akan ditayangkan semula mulai 2 Ogos, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8pagi-9pagi di TV3

Selamat Menonton ! 

 

P/S: Drama Ayahanda dah habis. Sedih sangat drama ni. Puas hati dapat tengok daripada episod pertama hingga akhir dan pelakon semua berjaya bawa watak masing masing dengan jayanya. 


Tag : kaki drama
4 Comment for "Slot Cempaka TV3 | Lelakimu Yang Dulu "

Gandingan pelakon yg hebat m CCL suka la tengok nelydia berlakon walaupun drama ni berulangan tapi CCL belom tonton lGi

Dah pernah tengok cerita ni. best jugak sebab suka Nelly dan Sharnaaz berlakon.

Tak pernah tgk pun drama ni.. nampak mcm menarik

tak minat sangat dengan hero dia..hehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top