You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nestle Koko Krunch Maxx Chocolate Filled Cereal

 Assalamualaikum... 

Nestle Koko Krunch Maxx Chocolate Filled Cereal | Setiap bulan aku akan restock susu Everyday kat nestle.soldbyshopee sebab lebih murah daripada aku beli kat kedai. Lepas tu ternampak Maggi Pedas Giler, aku pun add to cart sebab teringin nak makan. Dah lama tak makan walaupun pedas giler. Aku nak cari Koko Krunch Cookie tapi tak de dalam listing kat shopee mart, yang ada Koko Krunch Maxx. Jimat shipping beli kat satu kedai je senang. Kenapa perlu bayar lebih?

Packaging seperti diatas dalam kotak dengan tulisan Yummy Inside sedangkan di nestle.soldbyshopee tertulis melty inside (rujuk gambar di akhir entri) Curious jap. 


Rasanya ok lah dan crunchy cuma kat dalam tu tak melty pun. Yummy? Cuma jika dibandingkan dengan yang aku beli di Aeon Big RM1 satu pek kecil, yang tu lagi sedap dan yummy.  Lurviey cakap rasanya macam tengik dan lama. Aku check kat packaging production bulan 4 tahun ni dan expired next year. Bagi aku rasanya ok je. Mungkin taste buds Lurviey yang sangat sensitif. Lol 😆


Repurchase? Mungkin tak kot sebab tak mencapai KPI tekak aku.

Kandungan nutrisi Koko Krunch Maxx. Boleh di makan begitu sahaja atau dengan susu ketika sarapan pagi. 

Ni la gambar di shopee tertulis melty inside tapi yang aku terima yummy inside. Aku tak pasti sama ada ianya packaging baru atau.....  Produk ni dah ada tahun 2018 lagi tapi aku baru tahu kewujudannya minggu lepas. Apoooo 🤯



P/S: Seharian selsema, tak larat nak buat kerja dan fokus pada kerja.  Nasib baik larat nak masak.




Tag : food
13 Comment for "Nestle Koko Krunch Maxx Chocolate Filled Cereal"

Chocolate filled cereal tentu sedap ada coklat cream kat dalam tapi tak melty ye. Betul first time tahu juga, biasa beli coco crunch makan dengan susu, tu pun jarang beli.

yummy and melty pelik juga kan ada 2 version plak.. mungkin tukar writing tu kor.. husnozon hihi

Kat rumah akak ni dah xde budak kecik so dah x beli dah kellogs cornflakes...

pernah beli hari tu tp x sempat nk merasa.. anak² dh habiskan.. hehehehe

eh? Tak pernah jumpa pulak kotak ni...

Pernah makan macam ni tapi tak ingat brand apa. Memang sedap kalau makan ratah macam tu je.

Budak-budak sukalah makan macam ni.. Hehe

cantik design kotak dia..seronokla si kecik tu makan yer :)

Kalau ada anak memang membeli dan tumpang sekali syok gak. Ke memang dia rasa macam tu sebab max coklat. Melting inside tu lagi sedap kan.

Kalau beli ni tak merasalah kita. Habis Firdaus pulun sorang-sorang!

Saya pernah makan yang housemate punya, bagi saya macam kureng sikit la rasanya heheheh.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top