Once you choose hope, anything's possible

Nasi Kandar HK Danau Kota Memang Padu


 Assalamualaikum..

Nasi Kandar HK Danau Kota Memang Padu

Kalau sebut nasi kandar bukan semua tempat jual nasi kandar yang sedap.Baru baru ini, kami mencuba Nasi Kandar Hijau Kuning (HK) yang terletak bersebelahan Masjid Ibnu Abbas Danau Kota (tepi jalan). Kebetulan masa beli ni, mereka baru buka dan tak perlu berbaris panjang. 

Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi - Wikipedia 

Aku teringin nak makan kambing jadi Lurviey order set kambing untuk aku dan Lurviey ambil set sotong. Kuah semestinya banjir tapi asingkan sebab bila nak makan baru aku 'banjirkan' sendiri. Dulu aku tak reti makan nasi kandar ni sebab kuah kari campur. Macam pelik je bagi aku. Selalu aku akan makan nasi dengan kuah kari ikan banjir. Cukup bahagia kalau dapat kuah kari ikan yang sedap. 

Baca: Suberi Nasi Kandar Kuala Lumpur

Nasi memang banyak dan potongan daging kambing juga besar. Memang kenyang sangat. 2 kali makan baru habis. Kambing ni pun baru pandai makan beberapa tahun lepas masa makan kat Hadramawt. Sedap rupanya kambing. Dulu kalau sebut nak makan kambing, mesti macam kembang tekak.

Ni set sotong yang Lurviey order. Untuk set sotong ni dapat sekali dengan ayam goreng. Besar pula tu ayam gorengnya. Sotongnya kat bawah ni. 

Besar juga sotongnya tapi aku kurang gemar dan tak kena tekak aku. 

 
Bagi aku, campuran kuah kari nasi kandar ni adalah penentu kesedapan nasi kandar tu sendiri. Kuah Nasi Kandar HK ni memang sedap. Dua kali dah aku beli rasanya sama dan sedap. Lepas ni kalau nak makan nasi kandar aku cari kat sini je. Mudah dan senang nak dapat. Nak pergi Suberi Nasi Kandar susah nak parking.

Korang yang berada berdekatan atau kawasan sekitar Nasi Kandar HK ni boleh la datang. Dorang meniaga kat 2 tempat. 
 
📌Nasi Kandar HK Danau Kota (bersebelahan Masjid Ibnu Abbas)
📌Nasi Kandar HK Tasik Sri Rampai
Waktu Operasi : 11am-5pm (Isnin-Sabtu)
 

 

P/S: Semalam Lurviey ke KPJ, tiba tiba tekanan darah rendah. Bila dah start gastrik maknanya kena start pantang semula la.




9 Comment for "Nasi Kandar HK Danau Kota Memang Padu"

Harga tertera pun not bad lah...

ns kandar ni sedap tp xkena ngn tekak sy..
prnh skali try kat penang..
tekak ngn perot xleh terima..
sakit perot.. huuu..

Ya ampuuuun teringiiiin lah nasi kandaaaar :D. Dulu campus saya di Penang dekaaat Ama penjual nasi kandar. Apalagi buka 24 jam, jadi kalo ada assignment pastilah dengan temen collage pergi kesana :D. Sekalian mengerjakan tugas, sekalian jajan hahahah.

Saya catat dulu tempat nasi kandar ini kak. Kalo nanti pandemi's over, saya nak ke Malaysia lagi. Dan puas2in makan nasi kandar, ayam percik dan kuliner lain ;)

Sedap tu dengan ada kambing, sotong. Cuma kadang pedas rempah tu tak bole tahan, jadi minta derang letak tepi kuah atau asing.

Pernah makannnn, tapi tak kena dengan selera saya huhuhu, kadang kadang masa belajar tu, kalau kawan kawan pakat makan nasi kandar, saya minum air je.

Macam sedap je set sotong tu. Baguslah macam ni asingkan kuah dan banjirkan sendiri. Sebab saya kurang gemar makan nasi kuah banjir. Nasi Kandar Hijau Kuning tak pernah cuba lagi tapi pernah rasa Nasi Lemak Royale Hijau Kuning masa pergi Kedah dulu.

Saya setuju yang nasi kandar ni sedap sebab gabungan kuah dia tu. Saya suka nasi kandar juga. Cuma kalau beli mesti portion bukan main banyak tak larat nak habiskan!

Back To Top