You don’t have to be big. You have to be remarkable

Walk In Suntik Vaksin UniKL BMI Sungai Pusu

Walk In Suntik Vaksin UniKL BMI Sungai Pusu 

 Assalamualaikum... 

Pagi ni kalut sebab Lurviey baru decide untuk pergi vaksin hari ni selepas memastikan bahawa badan Lurviey fit untuk dapatkan vaksin. Aku siapkan Naura dulu dengan barang barang Naura untuk tinggalkan dia kat rumah nenek.  Aku risau sangat sebab sebelum ni memang tak pernah berpisah dengan Naura walaupun sekejap. Risau juga, kalau dia melalak memang susah nak berhenti. Sebelum tinggalkan Naura kat rumah nenek, Lurviey ajak pergi tengok tempat dulu ramai orang ke tak. 


Sampai kat UniKL BMI tu, Lurviey tanya anggota RELA yang bertugas kat kawasan letak kereta. Dorang bagitau kalau walk in hari ni tak dapat buat sebab system down. Esok boleh walk in seperti biasa tapi kena datang awal pagi sebab ada kuota untuk walk in. 

Nampaknya tak dapat vaksin lagi la hari ni. Walaupun tak dapat vaksin, kami tetap pergi rumah mama sebab nak maklumkan kat mama tak dapat pergi vaksin dan cuba tinggalkan Naura sekejap. Alhamdulillah tadi dia tak menangis pun walaupun dah mula cari Mimi (Mommy). Adik ipar dah risau dah katanya. Terus ajak keluar cari ais krim tapi tak beli pun sebab Naura tak nak dan separuh jalan duk dalam kereta dah tidur atas riba nenek. 

Harapnya esok berjalan lancar la semuanya. Sesiapa yang nak walk in untuk suntik vaksin di UniKL BMI boleh datang bermula jam 9 pagi hingga 7 malam sebelum 15 September 2021. Lepas ni dah tutup dah. Kat UniKL ni vaksin Sinovac tau 😁 

 

P/S: Tak kisah la vaksin apapun janji vaksin !


11 Comment for "Walk In Suntik Vaksin UniKL BMI Sungai Pusu "

Semoga urusan Naniey dipermudahkan hendaknya. Aamiin... Encik suami haritu Sinovac, so far takde kesan sampingan. Thinks positive okeh! ☺️

semoga dipermudahkan urusan utk vaksin esk!
sinovac clan sepp skit! hehe

Mudahlah sekarang dah ada walk in suntuk vaksin

Semoga urusan Naniey berjalan lancar.

Semoga Allah permudahkan urusan Naniey dan husband. Aaminn...

Sama laa bila anak2 tinggal sekejap dah mula mencari maknya. Huhu. Nina pun masih menunggu vaksin. Lambat betul

alhamdulillah , sekarang ni dah makin ramai ppv adakan walk in untuk suntikan vaksin

Alhamdulillah. Semoga berjalan lancar.

betul tu, tak kisah brand apa jgn la memilih...

Setuju, tak kisahlah pfizer ke astra ke sinovac ke janji vaksin je kan kak naniey. Semoga dipermudahkan segala urusan kak naniey dan family.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top