Once you choose hope, anything's possible

Berkesankah Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan?

 Berkesankah Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan? 

 

Assalamualaikum... 

Sebenarnya dah lama aku tengok perkongsian mak mak di facebook berkenaan anak yang kurang selera makan, anak yang tak nak makan dan mereka cadangkan beri Appeton Lysine. Tapi aku lupa nak beli hinggalah aku terbaca kat blog Mama Tisya tentang appeton lysine ni. Next day aku  minta Lurviey ke Health Lane Pharmacy untuk beli appeton lysine ni.

Last check up hari tu 14 Ogos hari tu dan berat Naura tak de perubahan 11.5kg tapi tinggi tetap bertambah 95cm. Jadi kena datang check up lagi bulan November ni. Balik dari hospital tu Naura dah start tak nak makan nasi. Hanya nak minum susu, makan sup pasta, makan biskut chipsmore, biskut teddy bear, makan nugget, fries. REPEAT ! 

 

Baca: Scott's Vitamin C Pastilles

Appeton Lysine adalah suplemen kesihatan. Jangan ambil jika tiada arahan daripada doktor atau ahli farmasi. Appeton MV Lysine boleh dititiskan di atas lidah atau dicampurkan dengan susu, jus buah,buahan atau makanan kegemaran anak. Dos 1-4 tahun (2.5ml) dan 4 tahun ke atas dan dewasa (5ml)

 

Sehari sekali sahaja perlu bagi sebanyak 2.5ml. Aku letak dalam susu setiap pagi. Syringe disediakan dalam kotak dengan setiap pembelian Appeton Lysine.

Hari Pertama (11/9/2021)

Tak makan nasi tapi tetap makan chipsmore, dan aku buat sup pasta seperti biasa. Dia makan juga pasta tu sampai habis. . 

Hari Kedua (12/9/2021)

Lurviey beli Pak Wan Mini Cakoi dan semuanya Naura makan habis. Banyka juga. Adalah dalam 7-8 ketul. Makan sambil main. Malam baru minta nak makan nasi. Alhamdulillah hampir sepinggan juga dia makan nasi. 

Hari Ketiga (13/9/2021) - hari aku pergi vaksin.

Makan nugget kat rumah nenek banyak. Nenek buat pasta carbonara langsung Naura tak makan. Geram betul aku. Sian nenek masakkan tapi langsung dia tak sentuh. Balik rumah, Naura makan nugget yang aku beli kat KFC otw balik selepas vaksin. 

Hari Keempat (14/9/2021) 

Aku buat sup pasta, makan tapi tak banyak. Masih lagi makan biskut dengan banyak dan kerap. Makan nasi juga walaupun sikit. Alhamdulillah at least makan juga nasi. 

Hari Kelima (15/9/2021) 

Hari ni aku masak awal, dah aku goreng ayam dalam air fryer. Bunyi tinggg je dia terus cakap dia lapar nak makan. Tak pernah cakap lapar nak makan nasi. Hari ni nak makan nasi. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak makan tapi syukur dia makan tengahari. Kemudian sambung lagi makan chipsmore. 

Nanti aku review selepas sebulan dua nanti. Terlalu awal untuk aku review dan bagi feedback Appeton Multivitamin Lysine ni. Setakat ni aku nampak perubahan Naura nak makan lebih daripada kebiasaan. Kena gigih lagi la aku sediakan makanan untuk dia. Aku buat pancake bentuk comel dia tengok je. Haishhh... Oh ye, harga untuk Appeton Lysine 120ml ni RM42. Aku ada nampak juga mommy yang suggest Himalaya Bonnisan. Kalau tak jadi Appeton ni baru aku try Himalaya pula. Moga ada perubahan berat untuk Naura. 


P/S: Suka betul dia makan cakoi. Adakah aku kena belajar buat cakoi? 




Tag : baby food
9 Comment for "Berkesankah Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan? "

Alhamdulillah ada peningkatan, dah pandai makan tu

anak anak MY dulu... My bagi Bossan Himalaya..letak dalam susu.

susah juga selera budak2 skg kan naniey..mcm ank buah shida umur 3 tahun lebih hanya suka mkn cokodok..kdg2 brokoli rebus..nasi xmau lgsg..susu perghh sakan dia..dia pn kurus saja orgnya..perut buncit ^_^

dulu ank sy pon mcm naura.. xsuka mkn ns..
lyn biskut.. mee.. tp ns kurang..
last2 sy tukar susu.. bru la skrg berselera..
kalo tau dr dulu bg je mkn appeton ni.. mane tau ok.. haha..

insyaAllah nt naura mkn byk2.. dh ok dh tu dia asyik mtk mkn.. =)

Jgn risau naniey.. Anak member mmg dr kecil x makan nasi.. Dia punya ruji makan roti canai je.. Alhamdulilah bila dh besar 17thn ni, br sikit2 belajar dpt makan nasi.. Itupun lauk pebret dia kuah kri je heheh

Insyallah naura pasti sihat walau kurg makan nasi.. Pape pun chaiyok utk naniey semoga naura cpt2 la nak makan nasi heheh

Ada perubahan selera nak makan lebih tu kira perubahan positif jugalah kan. Tunggu sebulan dua nanti tengok macamana okay ke tidak. kalau okay boleh repeat beli, kan.

Ada perubahan selera nak makan lebih tu kira perubahan positif jugalah kan. Tunggu sebulan dua nanti tengok macamana okay ke tidak. kalau okay boleh repeat beli, kan.

kena betul2 ikut baru berkesan rasanya
bukan kecik je xda selera nani
ank akak yg 21 thn pun xda selera aduhaii dah try mcm2 tak berkesan

Back To Top