You don’t have to be big. You have to be remarkable

Bubur Salmon Untuk Baby

 Bubur Salmon Untuk Baby 


Assalamualaikum... 

Bila anak dah start makan, mak mak selalunya excited nak masak bagi anak makan. Lagi best kalau anak suka makan. Macam macam nak masak. Naura masa awal awal belajar makan, suap je, semua dia makan tanpa menolak. 

Masakan ikan untuk Naura biasanya aku guna ikan tenggiri, ikan merah, ikan salmon dan ikan jenahak. Dah besar ni Naura suka makan ikan siakap goreng. Semalam aku cuba bagi ikan kembung tapi Naura macam tak berapa suka ikan kembung. Masanya isi ikan kembung tidak semanis seperti ikan siakap.

 

RESEPI SALMON UNTUK BABY

 

Bahan Bahannya Dan Cara Penyediaan.


Ikan Salmon, Sawi, Bawang Putih, Beras Sumo dan sedikit olive oil. 

Baca: Beras Sumo Naikkan Berat Badan?

Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan salmon, kacau sekejap dan masukkan air. Kemudian masukkan beras. Biarkan sehingga beras menjadi nasi dan masak. Bila air nak kering boleh tambahkan air dan masukkan sayur. Siap ! 

Biarkan sejuk seketika dan blend. Siap ! 

Tiada penggunaan garam untuk baby dibawah umur 2 tahun. Makanan yang dimasak sudah cukup rasa datangnya daripada lauk dan sayur yang dimasak. Kalau mau rasa manis gunakan sayur seperti lobak.

Cadangan Resepi Baby 


P/S: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Yang penting perut anak dulu. Baru perut sendiri !



Tag : baby food
13 Comment for "Bubur Salmon Untuk Baby "

Sedapnya untuk baby, betul biar rasa asli ja, memang tak perlu garam.

Sedapnya! Mesti bertambah Naura makan :)

Anak Fiza yang bongsu pun tak berapa suka makan ikan kembung. Maybe sebab isinya tak semanis ikan lain kot tu yang tak mau.

ni bukan baby je suka ni, sis yang tengok ni pun suka. makanan sihat.

sedapnya.. makanan baby pon nmpk sedap!

Sedap ni. Kalau saya suap anak buah pun ikut makan sekali. Hihi..Macam best pulak guna beras sumo ni.

berselera la anak naniey makan..dapat pula khasiat dari ikan salmon..sedap!

ammi dulu utk baby mmg tak letak garam juga. tp utk ammi ammi letak garam lepas blend sbb ammi pun slalu suka tumpang bubur anak hahahha..

mak baby pun terliur, acaner ni hahah

Ini kalau bagi saya, saya pun suka ni. first time dengar beras sumo tu. Menarik

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top