You don’t have to be big. You have to be remarkable

Budu Cap Ketereh Beli Kat Shopee

 Budu Cap Ketereh Beli Kat Shopee 


Assalamualaikum.. 

Seperti biasa antara barang yang wajib aku repurchase kat shopee mart; Chipsmore ! Chipsmore tu untuk Naura dan kebetulan stok yang Lurviey beli kat Giant 2 minggu lepas dah habis. Nescafe aku pun nak habis juga. Dalam masa seminggu ni mama dah pesan kat Lurviey jangan keluar mana mana sebab baru lepas vaksin. Lauk kat rumah dah habis, tadi mama datang hantar. Banyak pula tu lauk mama bagi. Ayam aku rasa mau 2 ekor, ikan kembung, ikan kerisi, ikan talapia, ikan siakap dan ikan patin. Mama tau menantu sorang ni suka masak tempoyak patin. Hehe.. Alhamdulillah dapat mertua yang sangat baik.  Dah melalut ke lain dah.. 

Sambil scroll shopee mart tu aku ternampak Budu Cap Ketereh ni. Lama sungguh tak makan budu. Last aku makan pun tak ingat bila. Rasanya last year kot makan cicah dengan ulam raja masa kat kampung. Budu ni pun aku belajar makan masa form 2 bila papa dah transfer kat Kelantan dari Pahang. Sedap juga. Tapi aku makan cicah dengan ulam raja, terung bakar atau celur dan juga ikan goreng. Jadi aku adalah kelantanese yang #nobudunohal ! Zaman study dulu selalu dengar orang cakap kalau bawa budu dalam bas hati hati sebab nanti boleh meletup ! 

Selain chipsmore aku nak cuba Lady's Choice Chicken Spread, Hellman's Smoky Ceaser, Hellman's Roasted Sesame untuk salad dan wrap. Naturel Olive Oil tu memang aku selalu restock untuk masak Aglio Olio dan juga perap salmon. Tapi tadi baru tahu perbezaan jenis jenis minyak zaitun dan kegunaan di blog Azhafizah. Korang boleh baca kat situ. Oat Krunch Breakfast tu aku beli untuk Lurviey sebab Lurviey suka kudapan selepas makan nasi. Memang wajib ada kudapan sebab dah biasa.  Oreo Peanut Butter & Chocolate Flavor tu untuk aku. Saja nak rasa sebab gabungan peanut butter dan chocolate biasanya tidak menghampakan. 


P/S: Budu ada, limau pula tiada nak perah dalam budu. Korang makan budu?





Tag : food
10 Comment for "Budu Cap Ketereh Beli Kat Shopee "

Alhamdulillah mama hantar lauk pauk, untung umah anak dan mak dekat, makan budu kat kedai, bila beli budu, jadi berbuih sebab tak ingat nak makan hehe..

Kalau budu cap ketereh ni jah yang sedap kan. Tak tahu la memang dok makan hat ni ja. Mesti lah makan hehehe budu + asam limau + cili + bawang merah

Tak pernah makan lagi budu Naniey. Macam sedap je kan.

Pernah makannn sikit tapi takkk kena selera hehehe, rasa pelik >.<

Alamak, syukur ada mentua dekat dan bagi bekalan. Banyak memborong tu sekali beli. Senang kan sekali pos. Macam menarik pulak tengok Lady's Choice Chicken Spread, Hellman's Smoky Ceaser, Hellman's Roasted Sesame tu. Tak pernah beli lagi.

Wahh dah beli olive oil. Dah tahu kegunaan yang mana satu, senang beli yang sesuai kan. Terima kasih share link.

Tak pandai makan budu. Makan pun yang orang letak dalam nasi kerabu je.

mcm2 ade kat shopee.. hehe..

kalo budu yg kaler merah ni sy xleh mkn..
naik gatal2 muka.. huhuuu

Suka budu Cap Ketereh juga. Memang bertambah makan dibuatnya.

walaupun ccl orang utaqa , tetapi tetap suka dengan budu , memang sedap la

Allahu bestnya rezeki dapat mentua dekat dan baik hati (cakap macam dah kahwin). Saya rasa saya makan budu bila beli nasi kerabu je, tak tahu nak bayangkan macam mana rasa budu sebenarnya haha

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top