Once you choose hope, anything's possible

Review Movie : Thimmarusu (2021)

 Assalamualaikum... 

Review Movie Thimmarusu | Macam lama tak review movie. Hari ni aku nak review movie tamil yang baru je ditayangkan di Netflix. Aku memang penggemar movie tamil sebab dia punya plot twist lain macam sikit. Cuma part nyanyi tu yang aku kurang gemar. Tapi Thimmarusu ni lagu kat akhir movie baru ada. [SPOILER ALERT - sikit je]


Sinopsis 

Eight years after a young man is framed for murder, an up-and-coming lawyer re-opens the case, beginning a tricky mission to find the real culprit. - Netflix

Movie ni bermula dengan adegan pemandu teksi dibunuh dan ketika pembunuh melarikan diri selepas pembunuhan terlanggar seorang pekerja pub, Vasu yang sedang menunggang motosikal pulang ke rumah dari tempat kerja dan menyebabkan Vasu terjatuh. Dalam hujan lebat Vasu ternampak pemandu teksi telah dibunuh dan terus membuat panggilan kepada polis. 

Polis yang datang ditempat pembunuhan itu kemudian menuduh Vasu yang melakukan pembunuhan tersebut. Vasu dipukul dengan teruk untuk mengaku bahawa dia yang melakukan pembunuhan tersebut tetapi Vasu tetap tidak mengaku kerana bukan dia yang melakukan pembunuhan tersebut. Polis famed Vasu dan menyebabkan Vasu dipenjara. 

Selepas 8 tahun, seorang peguam baru, Ramachandra, membuka kembali kes siasatan ini kerana yakin bahawa Vasu tidak bersalah. Ramachandra menyakinkan Vasu bahawa mereka akan cuba membantu untuk membuktikan bahawa Vasu tidak bersalah. 

Setiap saksi yang ditemukan pasti akan ada pihak yang cuba hapuskan bukti dan saksi berkenaan. Namun ianya tidak mematahkan semangat Ramachandra untuk menyelesaikan kes ini. 

Siapakah sebenarnya Ramachandra ni? Kenapa selepas 8 tahun nak buka semula siasatan kes ni? Sebenarnya pemandu teksi yang dibunuh tu adalah abang kepada Ramachandra. Ramachandra mengambil masa selama 8 tahun sebab nak habiskan dan tamat pengajian sebelum menjadi seorang peguam. Polis cuba melindungi orang yang tikam abangnya disebabkan orang tersebut yang mencuri dan merompak pemandu teksi dan memberikan wang kepada polis. 
 

Malam kejadian, abangnya ditikam tetapi masih belum mati dan datang seseorang yang cuba mencari memori kad yang ada merakamkan bukti kejahatan mereka tetapi tak jumpa memori kad tersebut. Lalu atas arahan polis, abangnya ditikam hingga mati. 

Banyak lagi adegan menarik. Kalau korang suka movie penyiasatan dan berkaitan dengan mahkamah korang boleh tengok movie ni. Sumpah tak membosankan ! 

Nah trailer Thimmarusu 2021

  


P/S: Bulan ni banyak movie Melayu kat Netflix. 





3 Comment for "Review Movie : Thimmarusu (2021)"

menarik juga! boleh tonton nnt :)

Cerita tamil moden sekarang dah best. Kalau dah terlayan dan best pulak memang layan sampai habislah cerita dia.

Back To Top