You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mencuba Patin Tempoyak Kancil Raja Patin Danau Kota

 Mencuba Patin Tempoyak Kancil Raja Patin Danau Kota

 

Assalamualaikum... 

Semalam kurang rajin nak masak dan kebetulan Lurviey ajak keluar follow untuk panaskan enjin kereta sebab dah tiga hari tak start kereta. Tak pasal pasal kong pula bateri. Alang alang dah malas nak masak, ajak Lurviey pusing kat area Danau Kota tengok apa yang boleh dibeli. Nak beli nasi kandar hijau kuning tak buka pula hari Ahad. Aku cakap aku teringin nak makan patin tempoyak Kancil Raja Patin. Tak pernah cuba lagi dan ramai yang cakap sedap. 


Singgah tapau je kat tepi jalan area Taman Setapak Indah ni. Kancil Raja Patin ni ada restoran juga di Danau Kota dan Sri Rampai. Di Temerloh pun ada tapi aku tak pasti sebab last time yang aku tahu dorang tutup dan berpindah tapi tak pasti area mana. 

 

Nasib baik nasi aku dah masak kat rumah, balik makan je. Harga patin tempoyak kat Kancil Raja Patin ni agak mahal bagi aku. RM13 tanpa nasi, dan RM16 dengan nasi. Bagi aku mahal sebab harga jual kat tepi jalan. Nasib baik rasanya sedap. Cukup rasa tempoyak, pedas pedas masam manis semua ada. Alhamdulillah. Tak de la terasa mahal sangat bila makanan tu sedap. 

Beli lagi tak? InshaAllah aku akan beli sebab rasanya memang sedap dan ikut KPI tekak aku. Hehe.. 


P/S: Banyak je orang jual tepi jalan tapi harga macam kat restoran. Ok je nak bagi harga restoran tapi biarlah portion tu sesuai dengan harganya sebab mostly kat tepi jalan ni tak perlu bayar sewa tapak. Hanya perlu ada lesen menjaja je. #justmy2cents


 

14 Comment for "Mencuba Patin Tempoyak Kancil Raja Patin Danau Kota"

nasi rm3 consider mahal juga tu. tapi kalau sedap berbaloi la sekali sekala

wak x makan ikan patin dahh., huhuhu

mesti sedappp
kuahnya tu😋😋 dkt. je
akak suka kuah sb ikannya x makan

nampak sedap...teringat masa duduk di pahang dulu selalu jugak makan patin masak tempoyak ni...

fav ni naniey hehehee..lama sangat saya x pekena gulai tempoyak ni..

tnpa ns rm13.. dgn ns rm16..
mknanya ns rm3 la.. aduhduh.. haha

Nampak sedap, nasi dah masak, bole makan terus, kalau kena menunggu nasi masak, kut kuah pun abis..

terliur terus , dah lama tak makan patin tempoyak

Kalau sedap dan berbaloi dengan harga tu okaylah. Jangan tak sedap tapi harga mahal.

Agree, kalo jual di pinggir jalan, tapi hara semahal di restaurant, rasanya agak gimanaaa gitu :D. Tapi termaafkan kalo rasanya enak 😅.

Ikan patin nih favorit sayaaa. Sukaaaa dengan tekstur dagingnya yang tebal dan duri tak banyak. Sedaaap kliatan kak. Asam manis. Saya rasa rasanya sedikit mirip Ama pindang patin di Palembang maybe

Nasib baik makanan tu rasa sedap kalau tak mesti rasa kecewa dengan harga.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top