You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buat Puding Buah Naga Versi Baby

Puding Buah Naga Versi Baby


Assalamualaikum 

Buat Puding Buah Naga Versi Baby  | Sejak dah besar dan mula kenal jenis makanan ni, Naura dah pandai nak memilih. Hari hari sup sup sup. Kalau buah pula, pisang, epal, mangga je yang dia makan sekarang. Buah naga dia tak pandang dah. Masa Naura 8 bulan ke atas aku selalu buat puding buah naga atau mangga ni.Cara nak buat puding baby ni tak susah pun. Sesuai sangat sebagai dessert atau snacking untuk baby yang baru belajar makan. Biasanya kalau buat puding buah naga ni aku prefer buah naga warna merah daripada yang warna putih sebab buah naga merah ni lagi manis daripada yang warna putih. Macam mana nak kenal buah naga merah atau buah naga yang putih kalau tiada label masa beli? 


Pemilihan buah naga : Buah naga merah bentuknya bulat dan yang putih bentuknya lonjong atau bujur.

Bahan bahan yang diperlukan

  • Agar agar tali (agak2 dlm 10 urat macam tu je)
  • Sedikit susu segar (agak agak je)
  • Air
  • Sedikit Madu (untuk baby yang berumur 1 tahun ke atas sahaja)
  • Puri buah naga
Cara caranya
  1. Masak agar agar dengan sedikit air hingga mendidih
  2. Kemudian masukkan susu segar, puri buah naga dan sedikit madu (agak2) ~ susu segar utk bgi rasa lemak
  3. Dah siap!
  4. Boleh masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam fridge.
  5. Topping - boleh potong kecik  buah dragon fruit dan letak masa nak makan.

 

Mudahkan, sedap dan berkhasiat. Sebut pasal buah naga ni kan, ianya sangat bagus untuk merawat baby yang sembelit. Naura kalau sembelit, aku bagi buah naga ni je. Cubalah !

Boleh juga guna mangga yang manis.


P/S: Gambar dalam phone aku dah buang 😁 Guna je yang ada ni..

 

Tag : baby food
5 Comment for " Buat Puding Buah Naga Versi Baby "

Versi baby ni orang dewasa pun boleh jadi suka. Sedap buah naga, suka makan tapi tak suka tang warna dia tu melekat.

Saya yang dewasa kini suka juga puding versi gini hahahha

Sedappp pulakk nampakk, rasanya bukan budak budak je yang suka, yang dewasa pun suka ni hehehe

Terus terliur tengok puding comel-comel begini :)

ntuk dewasa pun boleh makan ni , silap-slap si baby tak sempat nak rasa , heehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top