Once you choose hope, anything's possible

Resepi Bukan Daging Harimau Tapi Menangis Juga

 Assalamualaikum.. 

Resepi Ala Daging Harimau Menangis | Terus terang aku tak pernah makan daging harimau menangis. Dah selepas viral isu mak Neelofa nak patent Daging Harimau Menangis ni, aku ternampak pos berkenaan bahagian harimau menangis. 

Ni la bahagian harimau menangis tu. Aku tengok Tunku Azizah pun ada sharing pasal ni kat IG beliau. Bahagian harimau menangis tu mesti mahal kan? Dan adakah seller yang jual dan claim daging harimau menangis tu memang jual bahagian bottom sirloin? Jeng jeng jeng.. Lepas tu jual harga mahal pula tu. Kenapa panggil HARIMAU MENANGIS ? Daging harimau menangis ni dikaitkan dengan harimau yang tak dapat makan daging bahagian bottom sirloin tu sampai menangis. Tu la kisahnya ! 

Aku buat sendiri je. Bukan daging harimau menangis la. Daging biasa je. Potong potong, perap dah siap ! Alhamdulillah sedap juga. Resepi cara aku ni khas untuk orang yang malas tapi nak makan sedap. Bagi aku sedap la. Kalau makan dengan bubur nasi kosong pun sedap. 


 Resepi Ala Daging Harimau Menangis 

  1. Potong daging berlawanan urat tau. Tak payah nipis sangat or tebal sangat. Just nice je
  2. Lepas tu perap dengan sos blackpepper, campur dengan serbuk blackpepper yang kasar, campur kicap manis sikit dan sos tiram sikit. *nak sedap korang letak bbq brown sugar tu. Lupa lah brand apa..
  3. Then rasa la sikit cukup rasa tak. Kalau cukup rasa korang perap la satu jam. Lagi lama lagi sedap 
  4. Panaskan non stick pan, letak butter sikit then grill la daging tu sampai masak. 
  5. Siap ! Aku makan gitu je tak de pencicah pun. 

Ni je la kalau teringin nak makan daging. Kalau nak masak lain aku give up sikit sebab lambat sangat empuk. Kena beli pressure cooker dulu la baru senang nak masak daging. Kalau ikut petua letak sudu besi tu tak jadi pun. Mungkin kena guna sudu tembaga baru cepat.  Korang share sikit macam mana korang bagi daging cepat empuk?

7 Comment for "Resepi Bukan Daging Harimau Tapi Menangis Juga"

hehe.. harimau tak menangis, org yg mkn tu menangis

Baru tahu asal-usul nama daging ni huhu :)

Belum pernah makan daging harimau menangis ni..

terliur aihhh tgk.. dah malam ni atie ,sabar

Fiza pun Tak pernah lagi makan daging harimau menangis. Dapat tahu pun masa isu mak neelofa haritu. Haha...

Ouh sekrg baru tahu tentang harimau menangis ni , ingt kenapalah menangis . thank you for simple lovely resepi

Back To Top