Once you choose hope, anything's possible

Puasa, Doa Dan Zikir Di Hari Arafah Serta Kelebihannya

 Assalamualaikum... 

Puasa Doa Dan Zikir Di Hari Arafah Serta Kelebihannya | Tak sangka hari ni sudah 9 Zulhijjah, hari Arafah dan semestinya ramai yang mengambil kesempatan untuk berpuasa pada hari ini. 

Puasa Hari Arafah 

Puasa di hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang (Riwayat Muslim).

Kelebihan Puasa Hari Arafah 

  1. Puasa Arafah merupakan jalan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam untuk mendapat pengampunan yang besar. 
  2. Umat Islam yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadat haji dapat merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah. 
  3. Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah dan sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding bulan bulan yang lain. 
  4. Rasullah SAW besabda "Sebaik baik doa adalah doa di hari Arafah". Maka umat Islam digalakkan banyak berdoa

Niat Puasa Hari Arafah

Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk berpuasa di hari Arafah perbanyakkan berdoa pada hari Arafah. Hari Arafah ni setahun sekali sahaja jadi kenapa tidak rebut peluang yang ada ni kan?. 

Contoh Doa Hari Arafah

Dikongsikan beberapa doa yang mungkin korang boleh masukkan dalam senarai doa sedia ada. Doakan kebaikan kita semua juga ya. (Kredit Doa : Sahabat Pencinta Al-Quran)

  1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
  4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
  14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
  15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
  16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
  20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
  32. Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
  33. Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Amin Ya Rabbal’ Alamin.

Selain berdoa, perbanyakkan berzikir di hari Arafah.

 

Daripada Amr bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِيْ

“Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”. (Hadis Riwayat at Tirmizi)

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.  Aamiin.. Selamat berpuasa semua..


5 Comment for "Puasa, Doa Dan Zikir Di Hari Arafah Serta Kelebihannya "

Alhamdulillah..semoga Allah terima dan berkati ibadah kita. Aaaminnn

Mudah-mudahan Allah terima amalan kita dan hapuskan dosa-dosa kita. Aamiinn.

Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga Allah menerima semua amalan kita, dan hapuskan dosa dosa kita.

semoga ibadah kita diterima

ALHAMDULILLAH , BANYAK KELEBIHAN PUASA DLM HARI ARAFAH NI , MUJUR TAHUN NI CCL DAPAT BPUASA

Back To Top