You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Buat Kuah Hitam Yong Tau Fu Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum.. 

Cara Buat Kuah Hitam Yong Tau Fu Mudah Dan Sedap | Semalam berjaya juga aku buat kuah hitam Yong Tau Fu ni. Sebenarnya minggu lepas lagi Lurviey minta aku buatkan. Tapi aku ni kurang rajin bila dah masuk waktu malam nak ke dapur kecuali bagitau awal, jadi senang aku siapkan dulu bahan-bahannya. Tak sangka mudah je buat kuah hitam ni. 

Bahan bahannya 

  • 2 sudu taucu
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung gandum
  • 4-5 sudu gula
  • 3 cawan air

Cara-caranya 

  1. Blend semua bahan di atas sehingga taucu hancur.
  2. Kemudian masak sehingga mendidih. 
  3. Siap ! 

**Disebabkan aku guna brown sugar dan rasanya kurang manis , jadi Lurviey suggest untuk masukkan sedikit gula nise. 

Tak cukup bahan. Guna apa yang ada sebab tak sabar nak cuba kuah yong tau.
 

Perfecto ! Sama macam makan kat kedai dah ! Lepas ni boleh makan Yong Tau Fu sendiri kat rumah la. Cuma kuah merah kena buat la baru sedap ada rasa pedas. Satu adunan kuah ni banyak juga dan dapatlah 2 botol sos prego tu. Tak sangka betul  resepi kuah yong tau fu hitam mudah dan sedap ni menjadi ! 

 

P/S: Hari ni kerja, esok cuti ! Eh lusa dah September 😀



 

Tag : resepi
5 Comment for "Cara Buat Kuah Hitam Yong Tau Fu Mudah Dan Sedap "

Yang ni sedap..fuh teringat dah lme xpekena yong tau fu nih,,tetibe plak teringin.hahaha

teruskan menulis kepada perkara yang bermanfaat...

Mudah betul nak buatnya. Senang juga dah ada sos yong tau fu ni. Simpan buat stok dan makan kalau teringin. Dulu ada pasar malam senanglah jumpa. Sekarang ni kena buat sendiri kalau nak makan. Tq share resipinya Naniey

bole try ni, brg pon simple je, yong taufu memang fav, tapi kalau kena kuah x sedap, bole spoil

Thanks for sharing this, Naniey. Nanti nak cuba buatlah. Lama dah tak makan yong tau fu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top