You don’t have to be big. You have to be remarkable

Laksa Kedah Ketagih Sri Gombak

 Assalamualaikum.. 

Laksa Kedah Ketagih Sri Gombak | Berapa hari dah teringin nak makan laksa. Nak makan D'Laksa tapi memang tak dapat nak pergi walaupun dekat sebab dikira rentas negeri. Jadi semalam Lurviey belikan Laksa Kedah Ketagih kat area Uptown Sri Gombak

Lurviey bagitau masa nak beli ni ramai yang singgah beli. Tak sempat pun nak ambil gambar kat gerai laksa Kedah ni. Order dan tunggu dalam kereta. Dah siap turun kereta ambil dan bayar. 

Harga laksa ni RM5 dan rasanya sedap bagi tekak aku. Cuma kalau ada petis lagi sedap ni. Laksa pun banyak dan telur sebiji. Ok la kan? Sesetengah tempat tu RM5 tapi telur bagi sebelah je. Alhamdulillah. Craving satisfied !


 P/S: Nak masak ayam apa hari ni? Tak masak lagi ni sebab tak tahu dah nak masak apa ! Kami dah buntu.



Tag : food
8 Comment for "Laksa Kedah Ketagih Sri Gombak "

Sedapnya laksa. Harga berpatutan untuk satu bekas tu. Kuah pun pekat ada isi ikan. Telur pun sebiji. kena dengan tekak best lah :)

Terliur pulak kita tengok laksa tu! Lama dah tak makan, asyik nasi nasi nasi je hahahaha. Murah pun murah tuuu, tapi petis tu apa kak naniey?

favourite laksa ni... lg pedas lg byk isi ikannya lg sedap

best nya telur sebiji. mcm ni baru puas hati

Sedapnya laksa.. Sha pun baru je makan laksa semalam.. Beli dekat sungkai.. memang best dan puas hati kalau laksanya sedap..

Laksa memang feveret CCL . Suka letak ulam ulaman dan salad banyak2

Aalaaaaa....dia tayang laksa plak ni...mana plak akak nak cari laksa sedap kat seremban ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top