You don’t have to be big. You have to be remarkable

Masalah Enable https Blogger Selesai

 Assalamualaikum... 

Masalah Enable https Blogger | Sejak aktif blogging ni baru nak check semula setting dalam blog sendiri. Dah lama aku perasan masalah redirect domain aku ni. www.naniey.com dan bukan https://www.naniey.com 

Nampak tak tanda merah tu menandakan tak secured. Bila aku taip http://www.naniey.com hasilnya adalah 

Secure Connection Failed

An error occurred during a connection to www.naniey.com. PR_END_OF_FILE_ERROR

Bila aku cuba untuk enable https di ruangan setting blogger tak dapat nak on dan keluar 

You have not been authorized to use this domain. Please follow the setting
instruction.

Aku submit ticket kat NetKL berkenaan masalah ini dan respon adalah seperti

 

Setahu aku rakan blogger lain ok je https dorang. Aku tengok blog rakan blogger yang beli sebelum tahun 2018 ok je.  Then aku teringat acc aku tak verify (domain property) di Google Search Console.


Aku rujuk NetKL tentang Verify domain ownership via DNS record ni. Dan mereka minta aku bagi TXT code di atas ni. Lepas dorang dah masukkan baru aku klik verify. [DNS Provider tu ikut dengan siapa korang beli domain tu. Contoh NetKL, Godaddy - kalau NetKL korang kena contact direct dengan mereka dan jika Godaddy, korang just select je kat situ]

Bila dah klik verify, tunggu dalam 10-15 minit then dah boleh enable https ! Redirect domain pun boleh on juga. Aduhai..


Alhamdulillah settle masalah https walaupun masih belum secure  sebab aku tau ada certain images link yang dah broken dalam entri lama. Aku kena betulkan semua tu manually. Tengok la bila ada kelapangan nanti. [ Masalah Parts of this page are not secure (such as images) ]


P/S: Tengah fikir nak masak apa ni. Belum masak lagi ye. Dah nak jam 2 petang, masak belum lagi.

 

 





12 Comment for "Masalah Enable https Blogger Selesai "

Akak kan..bab ni la pening ni...nanti2 la tgok...akak masih x enble https tu...perlu ke agaknya?

alhamdulillah..nasib baik dapat diselesaikan :)

Uncle tak faham ni.... maklomlah... buta IT...! hahahaha

Alhamdulillah dah selesai, samala hari ni makan tengahari lambat, tak perasan dah petang.

Terus check website saya, nasib baik dah https. Dah lupa dah cemana saya buat haritu hahaha. Nak buang broken link tu jenuh gak kak naniey hahaha >.< Saya pun seminggu sekali check blog, takut ada broken link.

Oooo baru sy tahu, thanks dhare info.. kena check selau ni... Hmm. sy punya broken link mmg banyakkkkk gilaaa... haduiii

Banyak yang saya tak kuasai dunia berkaitan blog ni. Bagusnya ada usaha untuk menyelesaikan masalah. Bolehlah kawan-kawan buat rujukan.

Alhamdulillah masalah dah selesai . Mujur netkl pun dapat membantu kan

Itu lah. Memang nak kena godek-godek sendiri baru dapat setel.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top