You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pokok Orkid Hiasan Dah Sampai

 Assalamualaikum..

Pokok Orkid Hiasan Dah Sampai | Beginilah selagi tak habis PKP, selagi tu la aku shopping online untuk decor rumah bajet bawah RM100. Kali ni aku nak share bunga orkid plastik ni pula. 

Sebenarnya sebelum PKP 3.0 di laksana, masa jalan jalan kat M3 Mall aku dah berkenan kat pokok orkid. Walaupun aku tak berapa suka pokok jenis berbunga tapi disebabkan trend hias rumah guna bunga orchid ni menarik minat aku juga. Tapi sayangnya aku tak beli pun. Balik rumah, mula la teringat ingat. Dua hari sebelum PKP dan setelah aku fikir panjang, akhirnya aku buat keputusan untuk beli orkid tu (kebetulan duit sales baru masuk jadi boleh cover buat belanja). Sampai je kat New Market aku terus ke tempat bunga bungaan tapi malangnya sudah sold out. Ah sakit hati betul aku !

Jadi seteleh beberapa bulan aku duk add to cart theb removed, kemudian add lagi, akhirnya aku berjaya checkout hari Rabu dan hari Jumaat pokok orkid selamat sampai tanpa ada kerosakan. Aku beli yang biasa je sekadar untuk sedapkan mata memandang dan juga 'puaskan nafsu mata' gitu.  

Aku pun tak tahu kenapa aku beli orkid warna kuning sedangkan warna kuning bukan warna fave aku pun. Tapi nampak cantik sebab ada dot di kelopak bunga tu. Orkid yang aku beli ni material cotton premium. Kalau orkid latex premium lagi cantik. Dengan harga RM25 tidak termasuk penghantaran, untuk tiga tangkai bunga orkid dan siap digubah bagi aku sangatlah murah. Pasu seramik tu aku request nak warna coklat sebab tak de pilihan untuk pilih semasa checkout. 
 

Pokok orkid ni aku beli nak letak kat meja ala ala console table. Macam mana meja ala ala console table tu? Nanti aku kongsikan next post ye.  Kepala aku ni dah pening nak masak apa ni hari ni. Macam nak cuba masak ayam kapitan. Korang masak apa hari ni?
 


P/S: Stress ni masalah breadcrumbs kat blog aku belum settle validation lagi. 

Tag : home decor
10 Comment for "Pokok Orkid Hiasan Dah Sampai "

Cantik laaa...sama la perangai nanie ngan akak..masuk jer kat cart pastu delete, masuk balik, delete lagi sampai la beli...hahahaha.....

Akhirnya berjaya checkout pokok orkid . Nampak cantik gabungan warna pokok orkid ni . Makin berseri laa sudut ruang rumah

Cantek orchid ni!
Ada member yang buat bisnes deco bunga plastik2 mcm ni..
memang masyuk betul bisnes dia...
Suka tgk tp k rt x suka sangat bunga ehhehe

Cantik dan tahan lama
Senang nak jaga

Cantik bunga orked pilihan naniey. Warna dia menyerlah walapun bukan favourite. Kita punya cart pun penuh. entah bila nak submit tak tahu lah. sampai tak boleh cart dah. rupanya ada limit. hahaha

Cantikk walaupun plastik. Kalau jenis saya tak suka bunga hehehe, kadang kadang berhabuk tuu malas benor nak kesatnya hehehe.

dah jadi mak2 memang kerja nak beli bunga, hias rumah je la. Haha

Cantiknya orkid tu!
Hahahah memang boleh relate sangat bab masuk keluar delete barang dalam cart tu :D

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top