You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Bihun Goreng Singapore Campak Campak

 Assalamualaikum ..

Resepi Bihun Goreng Singapore Campak Campak | Beberapa hari lepas Lurviey tunjuk aku gambar bihun goreng singapore yang aku pernah masak 2 bulan lepas. Lepas tu dia cakap sedapnya kalau masak macam ni ! Macam bagi hint kat aku suruh masak kan. Kelmarin, di sebabkan tak tahu nak breakfast apa, aku pun masak la bihun goreng Singapore campak campak. Alhamdulillah lagi sedap daripada first time masak hari tu. Seperti biasa aku simpan ni untuk aku rujuk nanti. Biasalah mudah sangat lupa.. 

Bahan-Bahannya (agak agak je)

  • Bihun yang direndam air
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Udang kering 
  • Lobak hiris panjang
  • Udang 
  • Ayam
  • Fish cake 
  • Lada Hitam
  • Kiub ikan bilis
  • Minyak
  • Air 

 Cara caranya 

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering 
  2. Kemudian tumiskan sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam, fish cake dan udang hingga masak
  3. Masukkan kiub ikan bilis, lada hitam dan air. Gaul rata dan rasa. 
  4. Bila dah cukup rasa boleh masukkan bihun yang telah ditoskan. Kemudian masukkan sedikit air jika perlu
  5. Masukkan lobak dan masak sehingga bihun lembut. 
  6. Siap dan sedia untuk dimakan. 


P/S: Rindu nak makan roti canai banjir special kedai mamak.



Tag : resepi
10 Comment for "Resepi Bihun Goreng Singapore Campak Campak "

Selamat menjamu selera..
Tak dpt g spore.. Kita makan je la bihun spore kan heehe

Bila lihat mihun Singapura, teringat dengan mak sedara di Singapura, baru meninggal dalam 3 minggu lepas. Tak dapat nak melawat. Mak Ngah merupakan cancer fighter, lama sakit, akhirnya Allah SWT lebih menyayanginya.

Hehe..bagi hint pulak ye. Sedap bihun Singapore. Mudah dan sedap.

Campak- campak pun nampak sedap kan

Bihun goreng Singapore memang sedaplah!

Fav nina ni memang suka tambah letak lada hitam. Tak suka sgt yg merah

Campak campak punnn nampak sedap dan menyelerakan! :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top