You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Netflix Movie : Chernobyl 1986

 Assalamualaikum... 

Review Netflix Movie : Chernobyl 1986 | Umumnya tahu akan bencana Chernobyl yang berlaku pada tahun 1986 yang melibatkan letupan reaktor nuklear yang menyebabkan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan dan negara jiran serta kematian. Movie Chenobyl secara tidak langsung memaparkan keadaan penduduk tempatan setelah berlakunya letupan tersebut. 

Sinopsis 

After reuniting with a lost love, firefighter Alexey retires to begin a new life — but the Chernobyl disaster suddenly plunges him back into danger.

Kisahnya bermula dengan Alexey seorang ahli bomba yang bekerja di Balai Bomba Pripyat berdekatan dengan Loji Tenaga Nuklear Chernobyl. Suatu hari secara tidak sengaja Alexey bertemu dengan kekasih lamanya, Olga yang telah terpisah selama 10 tahun. 

Alexey juga baru mengetahui bahawa anak Olga yang berusia 10 tahun adalah anaknya. Dua minggu kemudian, Alexey menguruskan pertukaran ke Kyiv dan semasa farewell party bersama rakan rakannya Alexey teringat Olga dan terus ke rumah Olga dalam keadaan mabuk. Olga seperti sudah tawar hati dengan sikap Alexey yang datang dan pergi sesuka hati seperti meninggalkannya 10 tahun yang lepas.

Pada malam kejadian letupan, anak mereka berada berhampiran dengan loji tenaga nuklear tersebut dan pada pagi kejadian Alexey nak bergerak ke Kyiv tetapi tak jadi bila tahu letupan berlaku dan bergegas ke tempat kejadian untuk bantu rakan rakannya yang lain. Ramai rakan rakannya sudah terdedah dengan radiasi dan menyebabkan kulit mereka melecur dan mati. 

Alexey antara yang terselamat daripada radiasi dan sebagai pegawai yang expect bahagian kebakaran, senior officer ingin menggunakan kepakaran Alexey untuk pivotal mission. Alexey dan bersama rakan rakan lain ditugaskan untuk membuka laluan air untuk keringkan air daripada dalam loji tersebut. 

Pada mulanya Alexey tidak mahu menyertai misi yang boleh membawa maut tetapi setelah mengetahui bahawa keadaan anaknya semakin teruk disebabkan radiasi tersebut Alexey secara sukarela menyertai misi tersebut. General Secretary telah menjanjikan rawatan radiasi di Switzerland kepada semua yang sukarela menyertai misi berkenaan. Demi menyelamatkan anaknya, Alexey memohon dengan Tropin untuk memasukkan nama anaknya untuk mendapatkan rawatan radiasi,. 

Misi pertama tidak berjaya dan salah seorang rakannya mati dalam perjalanan ke hospital. Alexey dan Valera terselamat, manakala Nikita dalam keadaan yang parah. Valera bagitau Alexey bahawa ada beberapa orang yang sukarela untuk menyelesaikan misi yang gagal itu tetapi mereka tidak tahu tentang reactor seperti Valera dan Alexey. Tanpa mereka, sangat tipis untuk misi kedua ini berjaya. Tanpa melengahkan masa, Alexey yang penuh tanggungjawab menyertai misi kedua ini. 

Misi kedua berjaya tapi Valera mati terperangkap dan akhirnya mati ketika mahu berenang naik ke permukaan. Valera memotong tali yang diikat bersama dengan Alexey. Alexey ditemui selepas air kering dari tangki dan Alexey terdedah dengan radiasi sangat teruk. Olga melawat Alexey untuk kali yang terakhir.  Tiga bulan kemudian, anak Olga kembali daripada Switzerland setelah selesai rawatan radiasi. 

Korang kalau suka movie genre disaster ni boleh tonton movie Chernobyl 1986 ni. Bagi aku movie ni biasa biasa je, tapi sad ending la sebab Alexey mati.


P/S: PKP sambung lagi sampai bila eh?




6 Comment for "Review Netflix Movie : Chernobyl 1986 "

Br tgk weekend hari tu.. suka tgk ceta2 ada kaitan sejarah mcm ni

alamak baca sinopsis macam sedih...
tp bole tengok gak nnt ni.

Sekali-sekala best juga layan cerita genre begini...

Thank you suggest. Boleh tengok kalau tetiba nak ubah angin

Tak pernah tengok cerita ni tapi ceritanya macam movie Fukushima 50.

Okeyyy boleh masuk dalam waiting list! Hehehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top