You don’t have to be big. You have to be remarkable

Berbaloi Ke Bowl-Baloi Marry Brown RM4

 Assalamualaikum... 

Berbaloi Ke Bowl-Baloi Marry Brown RM4 | Semalam aku follow Lurviey keluar waktu petang sebab dah lama tak bawa Naura keluar. Duduk dalam kereta je pusing pusing. Pagi semalam hingga tengahari aku buat nasi lemak sambal sardin. Jadi untuk dinner kami plan tak nak makan nasi dan aku suggest Lurviey untuk beli Ayamas Ayam Panggang Telur Asin (Salted Egg Roaster) yang sedang hangat diperkatakan oleh rakan blogger. Sayangnya masa Lurviey sampai kat kedai Ayamas, sudah habis dan ayam percik juga habis. Dah pening nak makan apa.

Pusing pusing kat Sri Gombak tu akhirnya kami putuskan untuk mencuba sekali lagi, Marry Brown setelah kecewa dengan menunya beberapa tahun lepas. Tapi kali ni aku nak cuba Bowl Baloi RM4 tu je dan beli Kiddy Meal untuk Naura. Sebelum ni aku ada nyatakan hasrat aku teringin nak cuba Marry Brown Eatalian Set tapi tekak tak teringin nak makan pula. Jadi ala carte je senang. 

 

Aku beli Kiddy Meal ( Minutes maid fresh oranges, bubur ayam dan fries yang ditabur dalam kotak tu je beserta free toys ), bubur pedas bowl, chicken salad bowl dan Italian cheesy rice bites. Total harganya RM22+ sahaja. 

 

Ni bubur ayam dalam set Kiddy Meal dan rasanya ok je sesuai untuk budak. Cuma Naura memang tak makan bubur ni jadi, mommy la tukang perabis. Mana tak naik berat badan ni. Masa nak beli set bowl ni, cashier inform yang chicken sudah habis jadi dorang tukar chicken dengan potongan ayam yang rasanya seperti nugget. 

Bubur pedas bowl ni aku teringin nak cuba sebab nampak macam sedap. Dan ternyata sedap sangat sampai aku duk ulang ulang cakap sedapnya bubur ni. Nak repeat lagi esok. Sedap sebab sambal garing dia macam tepat dan kena dengan selera anak tekak aku ni. InshaAllah aku akan repeat lagi bowl ni. Memang berbaloi RM4. 

 
Chicken salad bowl ni, Lurviey order. Entah apa mimpi nak makan salad macam ni. Bagi aku ni bowl tak berbaloi sebab rasanya tak kena dengan tekak aku. Kombinasi mayonis dengan telur dan mixed vege dan ayam aduh tak boleh telan bila rasa. Lurviey cakap dia menyesal beli bowl ni.

Italian Cheesy Rice Bites ni bagi aku ok ok je.  Nak kata sedap sangat tak juga tapi boleh telan. Mungkin rasa italian herbs yang terlalu kuat menyebabkan aku kurang suka  RM3.50 dapat 4 biji rice bites ni. Yang ni pun salah satu meal yang aku tak kan order. 

Ni la toys yang Naura dapat. Bottle air comel ada muka chipmunks. Chipmunks kan? Naura punya happy tu non stop cakap thank you Daddy

Tengah taip ni aku teringat ingat kesedapan bubur pedas tu. Nanti aku nak order mee kari. Aku nak cuba lsekali lagi selepas kecewa pertama kali makan dulu. Sangat tak sedap dengan minyak yang banyak dan tak layak aku gelarkan itu mee kari. 

 


P/S: Suka snagat hari Sabtu sekarang sebab aku nak relax otak daripada fikirkan kerja.




Tag : food
10 Comment for "Berbaloi Ke Bowl-Baloi Marry Brown RM4 "

Sedap ye bubur tu, belum pernah cuba.nampak sedap. Happy Naura dapat bekas Chipmunks tu, memang cute pun

Bubur ayam tu nampak sedap. Botol chipmunks tu pun cute. Sonok Naura yea :)

Rm 4 okay lah tu. Kalau McD dah RM 5 keatas kan? Nampak sedap lah bubur pedas tuuu menarik pual

Memang sangat berbaloi. Kalau beli normal price RM5.++ macam tu. Saya suka bubur pedas. Selalu gak beli bubur pedas MB ni. Italian Cheesy Rice Bites tu biasa biasa je tapi harga dia luar biasa mahal tak padan dengan saiz dan rasa. Itu je lah tu beli sekali je.

Lama gila x makan marry brown ni. X sure apa menu yg sedap hehee.. Nnt nk tgk dkt grab la

menarik tuk dicuba ni..
total rm22 tu kira berbaloi sgt dh!

Tengok paparan menu Marry Brown ni teringin pula nak makan. Dulu ada Marry Brown di LD tapi dah ditutup. Kena rentas daerah kalau nak makan. Sekarang musim pandemik, berkurung dalam daerah saja.

Tengok jugak haritu kak fiza update entri pasal bubur MB ni, memang nampak sedappp. Murah pun murah. Nak beli tapi MB takde area rumah saya ni >.<

Bubur ayam pedas MB memang sangat sedap . Paling power tu sambalcdia ..chruncy je

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top