You don’t have to be big. You have to be remarkable

Jam Dinding Kayu Liverpool


 Jam Dinding Kayu Liverpool

 

 Assalamualaikum

Buat pertama kalinya aku order barang dari Indonesia melalui Shopee. Jam dinding Liverpool ! Bukan aku punya tapi Lurviey yang punya. Boleh la gantikan jam dinding aku yang dah lama mati. Dah tukar bateri pun jarum gerak sekejap lepas tu mati. Akhirnya aku biarkan je tergantung sepi kat dinding tu.

Jam dinding kayu Liverpool ni tak berat dan tak ringan. Dan cutting dia sangat cantik dan rapi. Finishing jam ni pun cantik walaupun printed. Penghantaran daripada seller juga agak cepat dan dibungkus dengan rapi. Aku terima barang ni dalam keadaan baik siap dengan bubble wrap. Harga jam ni tak mahal pun. RM30.56 sahaja. Jarum korang kena pasang sendiri je dan saiz jam ni 35cm x 30cm 9mm, tak la besar sangat bila digantung. 


Aku bagitau Lurviey next time beli yang kayu ukur tu lagi cantik.

 

P/S: Korang suka tengok bola ke? Aku dulu layan la. Kalau bola Malaysia ni zaman Amri Yahyah, Bambang Pamungkas tu aku tengok la. Lepas tu tak layan dah !


9 Comment for "Jam Dinding Kayu Liverpool "

Cantik, suka material kayu, bagus sampai dengan baik, packaging rapi, puas hati kan..nanpak mudah permasangannya.

cantiknyaaa jam ni!
suami sy peminat liverpool.. msti dia nk kalo tgk jam ni.. haha

Wah geng YNWA ni. Cantik jamnya. Alhamdulillah sampai dengan selamat jauh tu perjalanan dia.

Saya masih layan bola Liga Malaysia. Wak Am masih lagi legend otai berbisa. Sekarang kelab Sabah FC. EFL layan juga kekadang kalau husband tengok. kita jeling jeling tengok jugaklah.

Cantik jam ni.. kalau peminat bola boleh la beli. Heheh

Waaah suami sayapun fans nya Liverpool juga :D. Pasti senang dia dengan segala aksesoris Liverpool nih :D. Saya cuma ikut je :p. Dulu tak ngerti bola samasekali. Tapi sejak sama dia nih lah, temani dia nonton kalo sedang ada Liverpool, jadi tau sedikit :D. Paling senang sangat pas Liverpool datang ke Indonesia tahun 2012, sayapun terpaksa ikut nonton di GBK Stadium. Tapi ntah kenapa menonton langsung pertandingan macam tuh, memang beda auranya :D. Hahahaha. Langsung suka.

Fans liverpool ni, cantikk gakkkk jam tu, memang sesuai la untuk peminat nya kan kak naniey hehehe.

Lama dah tak tengok fans fans bola ni. Dalam rumah saya tiada satu pun layan bola HAHAH

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top