You don’t have to be big. You have to be remarkable

Masak Lemak Cili Api Rebung Dan Siput Sedut

 Masak Lemak Cili Api Rebung Dan Siput Sedut 


Assalamualaikum

Pagi tadi adik lelaki aku whatsapp ajak datang ke rumahnya untuk makan tengahari. Katanya nak masak siput sedut dan rebung. Aku tak dapat datang sebab tak sampai seminggu pun lagi cucuk vaksin. Then dia cakap tak pe, nanti dia dan isterinya datang hantarkan selepas zohor nanti. 

 

Umpama orang mengantuk, disorongkan bantal, masak lemak cili api kuning ni memang makanan kegemaran aku. Kalau makan nasi, mesti kena banjir kuah lemak tu. Lama sungguh aku tak makan masak lemak cili api rebung. Dulu sebelum Naura lahir selalu juga aku makan rebung kat Restoran Nasi Lemak Marvellous balik dari check up kat KK. Bila dah beranak baru tahu yang rebung tu tajam. Nasib baik lah tak de apa apa masa mengandung tu. Kat otak aku fikir nenas je yang tajam. 

Siput sedut pula last aku makan masa duduk rumah mama sebelum beranak juga. Sedapnya menyedut dengan rasa pedas pedas lemak tu.  Kat Kelantan area Pasir Puteh memang susah nak jumpa siput sedut ni. 

Alhamdulillah kenyang sungguh hari ni. Dapat pula makanan kegemaran aku. Memang tak pandang kiri kanan la makan. Semoga murah rezeki adik aku dan isterinya. Terima kasih sudi datang hantar. Dah fully vaccinated nanti baru boleh berkumpul buat makan makan. Boleh la 'beraya' sebab hari tu masa raya tak dapat jumpa pun walaupun dekat. 
 
 

P/S:  Selamat Hari Malaysia.. Korang keluar jalan jalan or duduk rumah je tu?

 



Tag : emovere
13 Comment for "Masak Lemak Cili Api Rebung Dan Siput Sedut "

eh ni lauk tghari semlm kat rumah ni...
tp kitrg masak ikan keli la bkn siput hehhe

Bestnya dapat makan siput sedut...nak beli la weekend ni...bukan apa siput sedut ni mahal kat Seremban...

sedappp masak lemak kuning kan
cuma siput tu tak reti makn he hee

Aaaaa sedapnya siput seduttttttt.

Selamat hari malaysia! Duduk rumah sajurrrr huhuhu jalan2 ke blog2 sahaja

sedapnya lauk.. saya tak reti nak makan siput ni..hehe

Uncle suka siput sedut... rebung tu kurang sikit...

Dua dua lauk sedap. Alhamdulillah rezeki, adik hantarkan kat rumah. Dapat juga merasa.

Alhamdulillah rezekiii, saya pernah makan siput sedut tapi tak tahu lah apa benda saya sedut hahahaha. Ke saya yang tak reti nak sedut >.<

Sedapnya... macam terhidu-hidu bau gulai rebung tu :)

Saya peminat siput sedut! Tak tahu lah belajar dari mana, tapi dalam family saya sorang je makan. HAHAHAH. terliur saya nampak siput sedut tu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top