You don’t have to be big. You have to be remarkable

Melepas Lagi Nak Rasa Ayamas Salted Egg

 Assalamualaikum.. 

Melepas Lagi Nak Rasa Ayamas Salted Egg  | Hari ni melepas lagi nak merasa Ayamas Salted Egg. Laku betul Ayamas Salted Egg ni. Di sebabkan memang dah rancang nak makan Ayamas, Lurviey beli Ayam Percik Ayamas.

 

Pertama kali cuba Ayam Percik Ayamas ni masa berbuka puasa kat rumah mama lima bulan lepas. Sedap sungguh ayam percik ni hingga Lurviey pun menambah nambah. Antara golden roaster, pepper roaster dan percik roaster, aku lebih prefer percik roaster. Aku nak cuba juga menu istimewa Ayamas, Salted Egg Chicken. Mungkin hari ni tak de rezeki. Tadi Lurviey pergi sebelum Asar ke Giant Taman Samudera. Kena pergi awal lagi jika nak beli menu terhangat di pasaran ni.

 
Ayam Percik Ayamas

Apapun syukur dengan rezeki hari ni. Terlebih kenyang. Aku ratah je ayam ni. Sehari dua ni tak terasa nak makan nasi. Kurang selera nak menjamah nasi. 

Ayam Percik Ayamas ni enak dimakan begitu saja atau nak makan dengan sos pencicah dia pun sedap juga. Seekor ayam percik ni RM30+. (tak ingat berapa sen. Aku rancang Khamis nak puasa dan berbuka dengan  Ayamas Salted Egg ni tapi tak tahu la dapat ke tidak dan semestinya kena beli awal. Promosi Ayamas Salted ni bermula pada 17 Ogos lepas dan akan berakhir pada 24 September ni. 


P/S: Boleh je buat sendiri kan tapi tu la sesekali nak menyumbang pada ekonomi negara. Lol !


Tag : food
9 Comment for "Melepas Lagi Nak Rasa Ayamas Salted Egg "

Sedap tu makan begitu saja, memang juicy ayama ayamas. Belum cuba salted egg lagi. Betul tu nak menolong ekonomi.

Lama dah tak makan ayamas ni. dulu selalu juga aaa rindu

Kelmarin petang CCL ada lalu depan ayamas ni . Nampak poster ayam percik salted egg .. Macam menu baru .

Menyelerakan sungguh! Ada nampak dalam foodpanda. Belum rasa teringin nak cuba. Kot teringin nanti boleh cuba sebelum 24 Sept.

Menu ayamas tak sah kalau tak buat orang terliur. Saya belum berpeluang merasa lagi yang salted egg.

Ya Allah sedaaap nampak ayam percik niiih :D. Rindu sangaat nak makan ayam percik lagi. Dulu saya pertama dikasih oleh temen college, orang Malaysia ayam percik nih. Sejak itu jadi sukaaaa sangat :D. Tiap kali balik ke Malaysia pun, kalo ketemu ayam percik pasti saya beli :)

Tak pernah merasa lagi, next time boleh try. Hahaha betul tu kak naniey, sekali sekala menyumbang kepada ekonomi negara :D

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top