You don’t have to be big. You have to be remarkable

Teh Ais Cincau Kelantan Sedap

 Teh Ais Kelate Tok Wan Balang Setapak Indah


Assalamualaikum..

Dulu tak pandai pun minum teh susu tapi bila dah rasa, sedapnya. Beberapa tahun lepas viral teh thai warna hijau tu. Tapi aku kurang gemar mungkin sebab warnanya.


Teh Ais Tok Wan Air Balang ni adalah teh ais yang paling sedap pernah aku minum. Rasanya lemak manis dan aroma bau teh tu yang membuatkan lagi sedap. Tapi tak boleh minum selalu sebab airnya manis. Manisnya bagi aku masih boleh telan sebab manis susu bukan manis gula.

Tok Wan Air Balang ni terletak di jalan Taman Setapak Indah berdekatan Uptown Danau Kota sederet dengan kedai Kak Yah Nasi Kerabu dan Rojak Sotong Mamak sedap yang aku suka beli kat sini. Kalau korang tengok dalam video Rojak Sotong Mamak tu, masa ni tak meriah macam sekarang tau. Kalau datang hari ni, meriah kiri kanan jalan dengan peniaga peniaga dan ada macam macam jenis makanan ada. 
 

Ada 2 saiz air kat Tok Wan Air Balang ni dan aku selalunya beli yang bekas besar. Harga bekas besar RM5 dan yang kecil RM3. Aku tak pernah rasa air lain sebab niat aku teh ais cincau tu je. Satu bekas besar tu aku beli tu, aku minum sampai malam. 
 
 
Warnanya pekat sungguh sepekat selemak rasanya. Naura bila nampak air macam ni, aku akan cakap kat dia 'tunggu besar dulu baru boleh minum'. Dia faham sambil cakap 'sesyar' (dibaca : besar).  Naura kalau air manis, dia hanya minum oren dan selebihnya air kosong dan air susu everyday je. Alhamdulillah dia minum air kosong banyak. 
 
Tok Wan Air Balang ni dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Jam 12 tenghari sedia untuk dibeli. 
 

P/S: Hari ni aku jalan blog korang ye sebab semalam memang busy dan penat. Lepak rumah mama semalam sebab adik ipar aku nak gerak ke Ireland awal pagi esok.


Tag : food
10 Comment for "Teh Ais Cincau Kelantan Sedap "

Bestnya adik ipar nak gi Ireland. Suka teh ais, lagi lagi beraroma mesti sedap, bersusu mengenyangkan.

kalau sedap, nak repeat pun tak teragak-agak kan

samalah kita.. dlu sy pun x pandai minum teh susu.. tp sejak ada revolusi teh susu yg ada boba/pearl tu terus suka... hihihhi

Tetiba rasa haus pula tenguk gambar2 ni

Air balang mcmni biasanya manis kan..naniey shida xleh pi sgt..kalau teh..air balang boleh terima air buah jer..

Dulu suka gak beli teh ais cincau. Tapi sejak terasa manisnya air teh ni, terus beralih ke air kelapa tanpa gula pulak. Green tea tu kadang suka gak minum kalau kena dengan rasanya lah.

Dulu suka teh ais ni, sama macam kak fiza sebab dah terasa manisnya, dah berhenti minum air teh ni. tapi boleh lagi telan heheh

musim panas2 mmg sedap layan teh ais mcm ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top