You don’t have to be big. You have to be remarkable

Walk In Suntik Vaksin Untuk Warganegara Malaysia Di Lembah Klang

 Assalamualaikum... 

Walk In Suntik Vaksin Untuk Warganegara Malaysia Di Lembah Klang  | Aku rancang minggu depan nak walk in untuk suntik vaksin tapi belum pasti PPV mana. Kalau ikut lokasi yang dekat dengan aku PPV KLCC dan Le Pavillion Gamuda Garden, Gombak. Lurviey cakap lagi dekan pergi ke KLCC sebab Gamuda Garden kat daerah Rawang sana nun. 

Kelantan paling rendah sekali. Set debe ko tu hok tok sir vaksin? Koya debe teh!
 

Setiap warganegara yang walk-in ke PPV perlu membuktikan bahawa mereka adalah pemastautin di Lembah Klang, dengan membawa surat atau dokumen yang berkenaan seperti kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan.

WALK-IN UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA DI LEMBAH KLANG

Vaksinasi secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk warganegara Malaysia di Lembah Klang adalah di PPV seperti di bawah:

Bermula 23 Ogos 2021 
 
1. KL Convention Centre (KLCC) – HCO F, G dan H
2. Axiata Arena Bukit Jalil – A, B
3. Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B
4. Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
5. Hotel Wyndham Acmar Klang
6. Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya
7. Stadium Tertutup Kuala Selangor
8. Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
9. Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat

Bermula 25 Ogos 2021
 
10. Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak
11. Bukit Beruntung Golf Resort

Bermula 26 Ogos 2021
 
12. Galaxy Mall Ampang
13. Universiti Multimedia, Cyberjaya

 

● Individu yang terlepas suntikan dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV yang  disenaraikan di atas yang berhampiran dengan kediaman. Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka, mereka akan dirujuk ke PPV yang lain.
● Walk-in juga adalah berdasarkan kaedah first-come-first-serve bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV di atas, di mana individu walk-in akan diletakkan di bawah satu senarai untuk diminta hadir  semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan vaksin pada hari tersebut sudah habis digunakan.

Perkara yang paling merisaukan aku adalah nak tinggalkan Naura kat rumah nenek. Tak pernah berenggang lagi dengan dia dari lahir sampai sekarang walaupun sekejap. Ni nak tinggalkan dia dalam masa yang agak lama risau pula aku takut dia melalak tak berhenti. Semoga dipermudahkan segala urusan aku nak dapatkan vaksin ni !

 

P/S: Kalau vaksin ada jual kat farmasi aku dah beli cucuk sendiri je (Lurviey cakap mentang mentang masa bersalin last time kena cucuk heparin kat peha sendiri.)



12 Comment for "Walk In Suntik Vaksin Untuk Warganegara Malaysia Di Lembah Klang "

Semoga dipermudahkan segala urusan Naniey. Aaaminn...

Siapa yang masih belum dapat cuba lah dengan walk in. Dapatkan vaksin secepat mungkin

Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

nak tgu giliran lambat sangat ye...
bagus gak klu ada peluang walk in ni..
takde la ternanti-nanti kan!!

eh jap, ni 1st ke 2nd vaksin ni?

salam kenal.
tq share location tu. anak akak sorang lagi yg masih belum dapat. we all satu rumah semua dah settled.

akak doakan urusan u dimudahkan.

Moga moga dipermudahkan segala urusan kak naniey. Sekarang ni, banyak PPV buka untuk walk in, senang untuk rakyat. Tak payah tunggu yang dalam mysejahtera dahhhh.

Semoga urusan Naniey dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Semoga urusan Naniey utk walk-in nanti berjalan lancar.

semoga semua org dapat vaksin dan kurangkan risiko covid

Semoga Naniey berjaya ambil vaksin..

Selamat mengambil vaksin semua..semoga dipermudahkan urusan.

Moga semua dipermudahkan urusan dapatkan vaksin. Mudah-mudahan rakyat Malaysia dapat kembali hidup normal dan sihat-sihat belaka.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top