You don’t have to be big. You have to be remarkable

Homemade Lip Scrub, Lip Balm, Lip Tint By Raffaz Skin Beauty & Herbs

 Assalamualaikum... 

Homemade Lips Scrub, Lips Balm, Lips Tint By Raffaz Skin Beauty & Herbs | Beberapa bulan lepas aku purchase lip balm ni. Mulanya aku nak order Lips Scrub Nabila Huda jual tapi tak sempat sebab dah sold out. Jadi aku scroll kat shopee cari mana yang best. Biasanya untuk item seperti ini aku akan buat pembelian berdasarkan rating dan juga feedback customer kedai berkenaan. 

 

Akhirnya aku beli Lip Care Gift Set daripada Raffaz Skin Beauty & Herbs yang berharga RM25 tidak termasuk penghantaran. Satu set dalam pouch ni korang akan dapat 

  1. Lip scrub (10g+) berfungsi untuk menanggalkan kulit mati di bibir dan menjadikan bibir lembut, lembap dan tampak sihat. 
  2. Lip balm (5g) - menjadikan bibir lembut licin.
  3. Lip & Cheek Tint (5ml) - untuk mencantikkan dan menaikkan seri bibir dan juga pipi.

Lip Scrub

Tekstur skrub sangat halus dan mudah untuk remove sel kulit mati dibibir dan tidak akan melukakan bibir. Skrub ini juga berbau wangi, raspberry dan juga manis, Spatula kecil juga disediakan untuk mudah nak ambil skrub ni dan skrub menggunakan jari. Jari ada kesan merah selepas skrub disebabkan pewarna (food grade) yang terkandung dalam skrub ini. Bibir jadi halus dan lembut selepas skrub

Ingredient : Cane sugar, glycerin, sweet almond oil, sunflower seed oil, virgin coconut oil, vitamin E, Lemon raspberry flavours, colorant (food grade) 

Lip Balm Dan Lip & Cheek Tint  

 
Untuk lip balm ni aku suka sangat sebab lepas pakai kat bibir rasa sangat lembap compare dengan lip balm lain yang aku ada sekarang ni. Lip balm ni tidak melekit dan biasanya aku akan pakai sebelum tidur. Next morning bangun bibir rasa sangat lembut. Lip balm ni banyak menggunakan jenis minyak (refer ingredient) dan memang sangat sesuai digunakan jika korang ada masalah bibir kering seperti aku. Sebelum ni aku pernah guna Palmer's Cocoa Butter tapi aku lebih suka Raffaz Lip Balm ni.

Ingredient : Organic beeswax, cocoa butter, shea butter, olive oil, sweet almond oil, sunflower seed oil, castor oil, vitamin E, lemon & raspberry oil flavours. 

Untuk lip tint pula bila apply kat bibir rasa berangin je. Macam pakai minyak angin. Hehe. Jenis roll on memudahkan lagi untuk korang apply kat bibir dan juga pipi. Lip tint ni tak tahan lama. Jadi kena kerap apply kalau nak bibir berseri gitu.  Tak de la nampak pucat bibir.

Ingredient : Distilled water, glycerin, argan oil, rosehip oil, vitamin E, Strawberry & Peppermint oil, flavours colorant (food grade)

Setakat ni produk penjagaan bibir yang aku puas hati penggunaannya, Laneige Sleeping Lip Mask sebab ia sangat membantu bibir kering. Aku sangat tak selesa bila bibir kering ni. Nak pakai lipstick pun tak cantik. Tapi aku memang tak suka lipstick pun dan aku lebih prefer lip gloss. Sekian review daripada aku yang ada masalah bibir kering walaupun minum banyak air. 

Korang berminat nak beli lip scrub ni boleh beli di shopee - https://shopee.com.my/aufarania15



8 Comment for "Homemade Lip Scrub, Lip Balm, Lip Tint By Raffaz Skin Beauty & Herbs"

K ret pun sensitif produk bibir ni esp lipstik.. So far hanya revlon je k ret bole pakai lagi..

Pernah dl try mcm2 brand teruus bibir jd tebal merekah kemerah2an..
Kdg mmg tkut nak cuba produk2 bibir ni sbb bibir sejenis yg sensitif sgt heheh

Suka juga pakai lipscrub ni . Kalau rajin tiap2 hari pakai . Kalau malas 2 3. Hari dalam seminggu apply lipscrub .

Murah pun murah RM 25 dapat kesemua set. And merah dia nampak comel tak terlalu merah!!!! Saya bab bab product letak kat bibir memang memilih sebab selalu rasa tak selesa hehe

kita ddk kat kawasan panas dan lembab ni nak tak nak kn jaga juga bibir selain muka. nampaknya produk nina serasi dgn naniey👍👍👍

Sama la kita, jenis bibir cept kering wlaupun dh minum air byk, huhu..

Kalau bibir kering, nak pakai lipstick jadi tak lawo kan kak naniey, saya pun selalu jugak la pakai laneige tu sebab memang menjadi. Memang puas hati pakai.

Menarik gak produk ni. Untung gak beli liptint 2 in 1.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top