You don’t have to be big. You have to be remarkable

Patin Tempoyak Ori Tiger Sri Gombak

Patin Tempoyak Ori Tiger Sri Gombak 

 Assalamualaikum... 

Tahukah anda bahawasanya hari ini merupakan kali ketiga aku melepas lagi nak dapatkan Ayamas Salted Egg tu. Katanya tak de stok. Aduh.. Hampa. Jadi, aku suruh Lurviey beli 2 ekor ayam percik je. Seekor untuk rumah kami, dan seekor lagi rumah mama. Pergi rumah mama sekejap je sebab nak hantar ayam percik. Dapatlah masuk rumah mama lebih kurang 20 minit. Dapat lah nenek lepaskan rindu kat cucu. Cucu pula excited dapat jumpa pakcik. Happy lain macam sebab berapa bulan berkurung kat rumah tengok muka mommy daddy je.
 
Kredit : Facebook Tun Teje Jeja
 
Balik daripada rumah mama, pergi Baker's Cottage nak beli kek sebab hari ni birthday Lurviey. Sendiri beli dan pilih la kek mana satu nak. Aku bayarkan je. Nak dine in untuk celebrate birthday kat mana mana tak boleh lagi.Sebelum ke Baker's Cottage lalu kat tepi jalan ada orang jual patin tempoyak. Tetiba tekak teringin pula nak makan patin tempoyak. 
 

Baca : Selera Patin Uptown Danau Kota 


Nama diberi Patin Tempoyak Ori Tiger dengan harga RM10 sebekas. Boleh pilih nak bahagian ekor, badan atau kepala dan harganya sama sahaja. Seperti biasa kalau beli patin tempoyak ni aku prefer bahagian ekor sebab aku rasa lebih besar.  

Alhamdulillah sedap rasanya. Manis manis pedas dan cukup rasa bagi tekak aku. Dengan rasa seperti ini InshaAllah aku akan repeat lagi. Kalau korang nak nasi korang boleh minta nasi putih sebab ada orang tak nak nasi nak beli lauk je. 

Baca : Patin Tempoyak Ezy Durian 

Alhamdulillah kenyang sangat.  Korang yang berada di sekitar Batu Caves, kalau nak cuba Patin Tempoyak Ori Tiger ni boleh cari berhampiran dengan Restoran Bintang Tujuh Jalan SG1/5 Sri Gombak.


P/S: Nak perap salmon pula. Lurviey kata nak makan salmon malam ni.


13 Comment for "Patin Tempoyak Ori Tiger Sri Gombak "

nampak sedap ikan patin tempoyak ni :)

Uish nasib masih kenyang lagi. Dok terbayang ikan patin tu. sedapnya. lama juga dah tak makan. :)

sy ni kalo patin tempoyak mmg angkat bendera putih..
xleh nk makan.. huuu
dh try rasa sbb teringin nmpk sedap tp tekak xleh terima..

feberet arwah ayah akak.. selera betul. bila ada menu
ni
ingat setiapkali blk dari. dailisis akan. benti. mkn msakan. ni






Tak ada rezeki lagi nak makan ayamas salted egg tu. Terlajak laris agaknya tu. Kena berkali kali pergi atau pergi awal kot.

Kalau jual dengan nasi lagi mudah kan pembeli nak makan. Takpelah, masak nasi sendiri. Kalau sedap boleh bertambah nasi gitu tapi lauk terhad :)

Nampak sedap... tapi saya kalau makan patin tempoyak, kuah je yang laju. Ikan lambat habis :)

Moga kali keempat nanti ada rezeki Naniey makan Ayamas Salted Egg :)

Sedapnya patin tempoyak...kalau dapat ikan fresh xde bau lumpur memang best kan

Sedap sangat! Tapi mampu pandang saja sebab lama tak jumpa patin.

Lamanyaaa tak makannn, kalau duduk rumah kakak kedua, rajin la jugak dia masak lauk gini

MasyaAllah, baru je lepas baca post kak fiza tentang tempoyak. Datang blog kak naniey pasal tempoyak juga. Ini tandanya Nadia kena cari tempoyak juga ke ni hahaha.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top