You don’t have to be big. You have to be remarkable

Fakta Menarik Mengenai Leftenan Adnan

 Assalamualaikum.. 

Fakta Menarik Mengenai Leftenan Adnan | Baru je habis tengok filem Leftenan Adnan di Netflix. Aku jarang layan filem berkaitan dengan perang ni. Best rupanya filem Leftenan Adnan ni.


 Fakta menarik mengenai Leftenan Adnan 

  1. Pada tengah malam 14 Februari 1942, Leftenan Adnan dan Kompeni C telah mendapat arahan daripada pihak atasan untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu iaitu di Bukit Candu
  2. Jumlah anggota telah ditambah dan menjadi 42 orang kesemuanya termasuk Koperal Yaakob.
  3. Bukit Candu adalah lokasi pertahanan strategik dan pada masa sama merupakan sempadan pertahanan terakhir bagi Singapura. 
  4. Sehubungan itu tanggungjawab untuk mempertahankan lokasi itu tidak boleh diserahkan kepada calang-calang pegawai tentera tetapi perlu diserahkan kepada seseorang pegawai yang benar benar bijak, tajam pemikiran, lasak dan berwibawa. 
  5. Atas faktor faktor berkenaan, Leftenan Adnan telah dipilih untuk memikul tanggungjawab tersebut. 
  6. Disebabkan kedudukan Bukit Candu sebagai kubu pertahanan yang stragetik buat Singapura, sudah tentu lokasi itu menjadi tumpuan seterusnya oleh pihak musuh. 
  7. Pada petang 14 Februari 1942, pihak Jepun telah cuba melakukan serangan berhelah di Bukit Candu apabila tentera mereka menyamar sebagai kontinjen tentera Sikh daripada pasukan tentera British-India.
  8. Bagaimanapun Leftenan Adnan sedar ada sesuatu yang tidak kena dalam pasukan tersebut apabila melihat tentera Sikh berkenaan bergerak dalam kumpulan berempat dan bukan bertifa seperti amalan biasa tentera British. 
  9. Menyedari tipu daya tersebut, Leftenan Adnan dan semua anggotanya segera melepaskan tembakan hingga menyebabkan 20 orang askar musuh terkorban
  10. Dua jam kemudian pasukan Jepun telah melancarkan serangan besar besaran dengan bilangan tentera yang begitu ramai. 
  11. Meskipun jumlah anggotanya jauh lebih kecil berbanding tentera Jepun, Letenan Adnan dan pasukannya tetap bertempur dengan gagah berani sehingga terkorban.
  12. Sungguhpun Leftenan Adnan dan anak anak buahnya terkorban, mereka berjaya membunuh 800 tentera musuh. 
  13. Dalam pada itu, Koperal Yaakob yang terselamat dalam serangan itu telah menyaksikan kematian ngeri Leftenan Adnan. Akibat rasa dendam disebabkan keberanian pahlawan Melayu itu, pihak Jepun telah bertindak kejam terhadap jenazah Leftenan Adnan. 
  14. Jenazahnya telah digantung di pokok ceri dan kemudian ditikam bertalu-talu dengan menggunakan pisau benet. Leher Allahyarham juga dikelar.  

Kredit: Jabatan Pendidikan Tinggi  KPM

Kalau korang tak pernah tengok filem Leftenan Adnan ni, aku sarankan korang tengok la. Memang tak bosan pun. Peritnya berjuang nak dapatkan kemerdekaan.



Tanggal 14 Februari ditetapkan sebagai Hari Pahlawan peringkat Tentera Darat (TD) bagi memperingati dan menghargai pejuang yang gugur. Walaupun Leftenan Adnan diangkat sebagai wira Perang Dunia Kedua, namun kita seharusnya tidak lupa pada pahlawan-pahlawan lain termasuk Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF).


P/S: Nanti aku nak tengok Bukit Kepong pula. Tak pernah tengok lagi.



10 Comment for "Fakta Menarik Mengenai Leftenan Adnan "

Banyak info yang CCL belum tahu tentang lefthanan adnan ni . . Sedikit senanyak entri ini bagi sedikit ilmu juga

Jasa dan pengorbanan Lt Adnan amat disanjung

Wira Tanah air, semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah

Samalah kita, baru lepas tengok dekat netflix sebab naikkkk dekat top malaysia kot ke apa tah, dah lupa hahaha

Leftenan Adnan best, Bukit Kepong pun best. Dahulu masa kecil tengok Bukit Kepong sampai nangis-nangis sebab saya takut perang hihihi

rasa nak menangis bila baca kisah pejuang2 negara. semangat juang diorg memang hebat sangat. semoga mereka mendapat ganjaran syurga

Tragis kisah perngorbanan perwira negara. Jasa mereka sentiasa dikenang.

Gambar Hari peringati Leftenan Adnan tu dari akhbar apa tarikh apa ya?

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top