You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nescafe Gold Dark Latte

 Assalamualaikum... 

Nescafe Gold Dark Latte | Aku bila dah start minum kopi ni memang susah la nak berhenti. Macam macam kopi aku nak cuba. Tadi tengah masak aku cari lada sulah terjumpa la Nescafe Gold Dark Latte yang aku beli di Eco Shop sebelum PKP hari tu. Bagusnya kat Eco Shop ni dia repack jadi sesuai untuk korang yang nak mencuba sebelum beli pek besar tu. Tak de la menyesal dan membazir. 

Esok cuti am, jadi hari ni hari terakhir bekerja bulan Ogos dan hari untuk closing. Sambil tu, cuba Nescafe Gold Dark Latte ni. 

Dark Latte sangat sesuai untuk korang yang suka kopi yang pahit pahit gitu. Setiap hirupan air yang masuk terasa pahit dan melekat di lelangit. Strong & Intense. Aku kalau terlalu pahit tak berapa gemar sangat tapi masih mampu habiskan. Asalkan bau harumnya tak memeningkan kepala aku seperti Nescafe 3 in 1 Original pek merah tu. Yang tu memang aku tak boleh bau dan minum. Kepala terus jadi pening. 


P/S: Penatnya hari ni ! 




Tag : food
8 Comment for "Nescafe Gold Dark Latte "

biasa minum nescafe gold...tp jrg sgt la minum nescafe..suka lg milo sbb nescafe kalo minum tk bole nk tido..cantik la sudu pengacau tu

Lama tak ke Eco Shop. Belum pernah cuba nescafe gold. Rindu nescafe tarik...

kalo yg jenis strong2 ni sy kurang gemar..
nk mencuba pon tkot rsnya.. hihi

Betul tu . Bila ada pek macam ni mudah nak rasa kalau kalau tak kena dengan selera tekak tak ada la rugi kan . Ccl belum cuba nescafe ni .

nescafe ni shida kureng skit..tp minum je xla kerap2 sgt hehee

Saya kurang memilih nescafe tapi nak cuba tu okay je. Suka jenis kopi pahit pahit dan kaw. Minum kopi ni payah nak stop. Addicted kadang tu.

Kalau saya, bauuuu nescafe or kopi punn dah sakit kepala. Kadang kadang teringin gak nak minum bila tengok housemate minum tapi itulah, bau dia menyengat hahaha.

Semua produk bawah range Nescafe Gold saya dah pernah cuba dan saya suka hihihi kira kenalah dengan selera kopi saya.

Berkenan pula tengok #cheekymug dan sudu Nescafe tu!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top