You don’t have to be big. You have to be remarkable

Plant Origins Diffuser Dari Signature Market

 Assalamualaikum.. 

Plant Origins Diffuser Dari Signature Market | Sebelum ni aku dilema nak beli diffuser Narinar atau pun Young Living dan akhirnya aku decide beli Plant Origins Diffuser. Sebelum ni memang aku ada banyak beli diffuser tapi jenis yang murah dan guna pun sekejap je lepas tu dah rosak sebab tak keluar mist tu. Tapi aku aim satu hari nanti nak beli juga Young Living tu. 

Terdapat banyak pilihan diffuser
 

Musim pandemik ni memang nak tenang tenang je walaupun hati ni kadang memberontak sebab dah lama terkurung tak keluar. Tapi syukur Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik, ada rumah untuk berlindung daripada hujan dan panas, dapat tidur lena, makan cukup. Syukur. Cuma bila mengenangkan kes yang tak turun ni memang stress sebab ada dah lama aku dengan Lurviey tak kerja luar.  Bila guna diffuser ni lain sikit la feeling.

Sebelum ni aku dah beli lebih kurang 5 jenis diffuser dan semuanya rosak tak sampai 10 kali guna. Membazir duit betul. Jadi kali ni aku nak cuba diffuser daripada Signature Market selepas aku tengok blogger Iena Eliana share tentang diffuser ni.

2 Jenis Plant Origin Diffuser

Manfaat Diffuser

  1. Meningkatkan kualiti udara di ruang yang tertutup
  2. Mengurangkan masalah kulit kering, iritasi mata, tekak kering, alergik, batuk, sinus, sakit kepala, bibir merekah.
  3. Kelembapan diatas 40% membantu menyahaktifkan partikel virus di udara dan menjadikan partikel virus tersebut tidak mudah berjangkit. Ini membantu mencegah selesema dan batuk. 
  4. Membantu mengurangkan masalah berdengkur kerana kelembapan udara membantu melancarkan saluran pernafasan. 
  5. Menjaga kelembapan rambut dan kulit.
  6. Mengurangkan simptom alergi, resdung dan asma. 
  7. Penggunaan essential oil bagi tujuan aromaterapi dapat membantu menghilangkan tekanan, mengurangkan gejala kegelisahan dan menghidupkan suasana persekitaran.

 Plant Origin Diffuser With Remote Control

Aku pilih diffuser ni  sebab reka bentuk yang menarik dan ada remote control. So dari jauh pun boleh on/off, boleh kawal mist sama ada nak kepuk kepuk kabus tu besar atau kecil, boleh kawal warna dan juga masa. Setakat yang aku guna ni, kepuk kepuk kabus tu sama je walaupun aku adjust nak besar atau kecil. Tak la berkepuk kepuk seperti yang aku idamkan. Masa juga boleh set sehingga 6 jam.

Pandangan bawah dan dalam diffuser
Kapasiti diffuser 550ml dan aku biasanya guna 100ml je sebab aku diffuse masa aku siapkan kerja aku je. Penyukat air disediakan kalau korang beli diffuser ni. Jenis diffuser yang besar ni tak boleh cucuk power bank seperti diffuser bersaiz kecil. Sedih sikit sebab kat ruang tamu aku plug ada di bahagian TV sahaja. Saiz diffuser yang lebar memudahkan untuk aku bersihkan kesan essential oil.


Plant Origins Portable Diffuser

Diffuser jenis portable

Aku beli diffuser ni sebab jenis mudah alih jadi mudah untuk aku bawa balik kampung nanti. Aku sangat berpuas hati dengan diffuser jenis portable ni dan kalau korang mencari diffuser untuk kegunaan peribadi boleh beli yang ni sebab ringan, mudah alih dan sangat praktikal. Nak letak kat meja tempat kerja pun boleh. Selain tu, diffuser ni pun boleh set time dan ada 7 jenis warna cahaya dan aku letak diffuser ni dalam bilik tidur. Biasanya sebelum tidur aku diffuse lavender essential oil sebelum tidur dan set masa dalam 30 minit nanti dia akan auto off bila sampai 30 minit. Masa maksimum untuk diffuser ni 3 jam. 

Pandangan bawah dan dalam diffuser

Diffuser jenis ni menggunakan USB jadi boleh cucuk kat power bank, laptop, cucuk dalam kereta menjadikan diffuser ni sangat praktikal.  Walaupun praktikal ada juga kekurangan diffuser ni di mana ianya sukar untuk dibersihkan disebabkan saiznya yang kecil comel ni. Oh ye, diffuser portable ni ada beg tapi dijual secara berasingan. Kalau nak travel hanya letak dalam beg dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Setiap pembelian Plant Origins Diffuser ni dapat free gift plant origin shampoo dan hair mask. Aku belum cuba lagi. Aku ingatkan dapatlah essential oil as free gift kan, sebab beli diffuser kan. But it's okay. Nasib baik aku dah ada essential oil.

Diffuser yang ada cotton

Jadi, kalau korang berminat boleh dapatkan di website Signature Market. Daripada pengalaman aku, kalau nak beli diffuser pastikan bukan jenis yang guna cotton tu sebab tak tahan lama. 5 diffuser aku beli sebelum ni memang ada cotton dan semua tak tahan lama. Tak sampai 10 kali diffuse dah rosak. Sedih betul. Nasib baik ada 3 jenis diffuser tu boleh buat deco walaupun rosak sebab reka bentuk menarik serta lampu masih berfungsi.  Macam mana nak tahu diffuser tu ada cotton or tak, korang boleh baca di bahagian penerangan sebelum membuat pembelian. Sekian review Plant Origins Diffuser dari Signature Market daripada aku. Oh ye, ini bukan paid review ye ! 

 

P/S: Cepatnya hari Jumaat. Esok cuti. Yay ! Bila berkurung lama ni kadang terlupa hari apa.

 

   

11 Comment for "Plant Origins Diffuser Dari Signature Market "

Memang cantik design plant diffuser yang ada remote control tu.

belum beli lagi.. tengah survey2 ni...

Oh... ada brand ni juga? Ingat ada brand yg satu lagi tu je...

cantik betul design dia, kite pun ritu berkira-kira nak beli YL jugak, tapi alahai budget tak cukup, cari dekat shopee jer, murah bykkk, hehe..

Unik designnya.. kelakar pulak ayat akhir tu dh mcm anak2 kakmim jgk.. lupa hari..haha

menarik jgk diffuser signature market ni. mmg aim tgh cari diffuser jgk skang.

cantik pula design nya... boleh dipertimbangkan ni utk beli sebuah😊

Ada satu diffuser dekat rumah, tapi itulah kita ni mcm tak berkenan pula ada bauan bauan ni. rasa pening pening kepala

Cantik design diffuser dia siap ada remote lagi. Senang nak control dari jauh.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top