You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Movie Rumput Tetangga (2019)


 Assalamualaikum.. 

Review Movie Rumput Tetangga | Bosan sangat minggu ni sebab tak tahu nak tengok movie apa jadi aku scroll kat Netflix just random je pilih movie Indonesia sebab movie tamil dan hindustan yang best semuanya aku dah tengok.  If I Were You di netflix atau tajuknya RUMPUT TETANGGA

 
Kirana (Titi Kamal) merupakan suri rumah yang dulunya adalah pelajar paling popular disekolah. Dia mempunyai masalah tidak percaya diri dan merasakan dirinya bukan ibu yang baik untuk anak anaknya Rega dan Windy serta isteri yang bagus untuk suaminya (Raffi Ahmad). 

Kirana dan Donita

Kirana kerap meluahkan perasaannya kepada sahabat baiknya Diana (Donita). Indra (Gilang Marten) merupakan pembantu peribadi Diana sentiasa menemani Diana ke mana sahaja. 

Ketika acara reunion bersama BFF

Satu hari, Diana mengadakan acara reunion teman sekolahnya dan Diana juga telah berbohong kepada teman temannya bahawa Kirana adalah konsultan PR yang hebat. Kirana bingung kerana dia adalah suri rumah dan mengapa Diana membohongi rakan rakannya itu. 
 
Kirana bertemu Madam Sri Menyan
 
Ketika acara reunion itu, Kirana berjumpa dengan peramal Madam Sri Menyan dan Kirana mendapat kad ramalan yang tertulis "Bermula Dari Titik Awal, Setelah Tidak Akan Kembali" Dan Madam memberitahu Kirana jika kad tersebut menjadi warna merah beerti impian Kirana akan menjadi kenyataan. 
 

Keesokan paginya bila Kirana bangun, dia bukan lagi dirumahnya seperti sebelum ini. Dia berada di sebuah apartment mewah dan mempunyai banyak kereta mewah serta mempunyai kerjaya yang sangat hebat. Dia juga bujang dan tidak mempunyai anak.  Seharian menjadi seorang wanita yang sangat hebat, Kirana berasa sangat gembira. Cukuplah sehari dia menikmati rasa bahagia itu dan dia ingin tidur dan berharap keesokan harinya dia akan pulang ke pangkuan suami dan anak anaknya. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sehingga hari hari seterusnya. 
 
Kehidupan Kirana dulu bersama Ben dan anak anaknnya

Kirana rindukan Ben dan juga anak anaknya. Ternyata Ben menikahi Diana (dia bertukar tempat dengan Diana) Sebenarnya Diana dan Indra juga bertemu dengan Madam Sri Menyan pada malam itu dan memberitahu keinginan mereka di mana Diana mahukan kehidupan Diana dan Indra mahukan Kirana. Kirana mahukan kembali kehidupannya yang dulu tetapi Diana dan Indra tidak mahu kembali seperti dulu.  
 
Kirana harus bertemu dengan Madam Sri Menyan untuk kembali semula kepada kehidupan asal ketika acara reunion di mana titik bermulanya pertukaran tersebut. Diana dan Indra juga turut serta. Akhirnya Kirana kembali ke pangkuan suami dan anak anaknya. Tamat ! 
 
 
Movie ni mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada kalanya kita lihat indah je jiran tetangga, kawan kawan kita dan tanpa sedar kita mulai iri hati dengan apa yang mereka ada, sedangkan kita sendiri boleh cipta kebahagiaan kita sendiri. Yang penting rasa syukur dengan apa yang kita ada. Kita juga tak tahu apa yang mereka lalui untuk kecap kebahagiaan yang mereka ada sekarang.Kita tak tahu bahawa ada orang lain yang juga iri hati dengan kehidupan yang kita ada. Jadi syukurlah ! Create your own happiness ! 
 

 
Last but not least, tengok la trailer Rumput Tetangga ni dulu. 

 
P/S:  #madnessmonday hari ni. Harap semuanya ok ok je hari ni. Have a great Monday korang ! 


 

Tag : review movie
4 Comment for "Review Movie Rumput Tetangga (2019)"

Walaupun movie ni dah lama . Rasanya CCL belum tengok lagi

Betul tu, syukur dengan apa yang kita ada. Jangan bandingkan hidup kita dengan kehidupan orang lain. Nanti nak try tengok jugaklah.

Nak tau ending... tapi malas tengok. Hahaha

Tajuk dia macam kelakar. Kisah kehidupan kekeluargaan dan jiran jiran ni macam seronok je.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top