You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Netflix Movie : Resort To Love

 Assalamualaikum... 

Review Netflix Movie : Resort To Love | Kalau korang sukakan movie kisah cinta or tengah broken heart dan nak move on boleh tengok movie ni. Santai santai je tengok tau..  [SPOILER ALERT]

Sinopsis

Reeling from a broken heart and career meltdown, a singer takes a gig at a swanky island resort — where her ex-fiancĂ© happens to be getting married.

Resort to Love mengisahkan kehidupan Erica seoarang penyanyi selepas perkahwinan dengan bekas tunangnya Jason dibatalkan. Jadi dia travel ke Pulau Mauritius dan menjadi penyanyi di pulau tersebut untuk mengubat hatinya yang sedang terluka dan cuba move on. Semuanya baik sehingga satu hari dia terserempak dengan Jason dan tunang barunya Beverly yang sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan di Pulau tersebut.

Beverly, tunang baru Jason

Paling mengejutkan Erica, bosnya menyuruh Erica untuk menyanyi ketika majlis perkahwinan mereka nanti. Jason yang mengetahui akan hal tersebut juga terkejut dan mula rasa tak senang duduk takut Beverly tahu bahawa Jason dan Erica pernah bertunang. Erica dan Jason cuba menyembunyikan hubungan mereka yang lepas dan Beverly tahu bahawa mereka hanya sekadar kawan biasa sahaja. 

Erica dan Caleb berkenalan
 

Sebelum Erica bertemu dengan Jason di lobi resort, Erica berkenalan dengan Caleb semasa menyelamatkan seorang pelancong yang lemas di pantai. Kebetulan Caleb adalah abang kepada Jason dan Erica mengetahui ketika mereka bertemu di lobi tersebut.  Caleb sudah mulai jatuh cinta dengan Erica saat pertama kali bertemu dan cuba berusaha untuk mendekati Erica. Erica cuba menjauhkan diri daripada Caleb sebab Erica masih ada perasaan dengan Jason. 

Scene ni dorang bincang pemilihan lagu semasa malam majlis perkahwinan mereka. Beverly mengajak Erica untuk join aktiviti bersama mereka. 

Pagi hari perkahwinan Beverly dan Jason, dia mengetahui daripada emak Jason bahawa Erica dan Jason pernah bertunang. Beverly terkejut dan sedih terus melarikan diri daripada resort untuk pulang. Tapi Erica sempat menjelaskan segala galanya pada Beverly. 

Happy ending ! Jason dan Beverly akhirnya kahwin. Erica sudah move on dan juga meyakinkan Jason bahawa Beverly adalah yang terbaik untuk dirinya. Erica menjalinkan hubungan dengan Caleb. Habis. 

Lokasi penggambaran Resort To Love di Pulau Mauritius
 

Bagi aku kalau korang nak movie yang santai, boleh tengok movie ni. Tak heavy sangat dan jalan cerita pun ok dan menarik. At first, aku ingatkan Erica ni cuba nak hancurkan perkahwinan Beverly dan Jason ni sebab dia kan masih ada hati dengan Jason. Kebetulan Jason pun masih ada hati dengan Erica dan masa bertemu dengan Erica semula, Jason dah mula tak pasti nak teruskan or tak perkahwinan dengan Beverly sedangkan Beverly betul betul cintakan Jason. Bahaya sungguh orang macam Jason ni ! 


P/S: Tenangnya tengok Pulau walaupun dalam movie. Bila nak habis pandemik ni kan? Nak cuti cuti tengok alam indah damai ni..





5 Comment for "Review Netflix Movie : Resort To Love "

siapa tak down bila perkahwinan cancel lepas tu jumpa balik ex. banyak betul dugaan hidup erica ni..

Hahaha dh tgk!! Lawak.. Tp nasib hepi ending

Hati yang luka lara bercuti ke Pulau Mauritius ni boleh terubat luka tu. Cantik pulaunya. Bertemu pulak jodoh kat sini. Masing masing bertemu jodoh. best happy ending :)

Nasib baik happy ending, ingat erica nak musnahkan hubungan jason dengan beverly pulak hahaha

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top