You don’t have to be big. You have to be remarkable

Walk In Vaksin Pfizer MBPJ

Walk In Vaksin Pfizer MBPJ  

Assalamualaikum... 

Pagi semalam hujan lebat. Bila hujan lebat maka lambat la aku nak gerak ke PPV. Sebelum gerak ke PPV settlekan barang Naura dulu untuk tinggalkan kat rumah mama. Alhamdulillah Naura behave sangat. Lega rasanya aku nak gerak ke PPV UniKL BMI. Sampai sahaja kat UniKL BMI, sebelum masuk ke tempat vaksin, bagitahu anggota RELA bertugas kat situ kami walk in. Sedihnya bila dorang cakap walk in dah tutup dah kat sini. What?! Semalam ada anggota RELA bagitahu datang hari (Isnin) ni sebab kelmarin system down

Masuk kereta, bincang dengan Lurviey nak pergi walk in PPV mana sebab yang dekat dengan kami semua dah tutup. Ada 2 sahaja yang paling dekat iaitu PPV Axiata Bukit Jalil dan PPV Dewan Sivik MBPJ. Aku bagitau Lurviey pergi ke MBPJ sahaja sebab PJ lagi dekat. Lagipun kawasan PJ quite familiar dengan kami sebab tu  kawasan kami ronda ronda masa zaman belajar dulu. Heheh. Cuma tak ingat kat celah mana MBPJ ni. 

Sampai dah awal tapi berpusing cari parking almost 1 jam. Alhamdulilllah dapat parking terus ke booth untuk register. Masa tu jam 12.16. Ada banyak pit stop sebelum sampai turn untuk vaksinasi ni. Memang lama menunggu sebab dorang bagitau semalam untuk appointment vaccine sahaja 1000+ dan mereka juga sediakan lebih kuota untuk walk in. 

Semuanya selesai jam 4 petang selepas pemantauan. Alhamdulillah. Tarikh untuk second dose pun dah dapat, 4 October ni. Perut dah lapar, jadi drive thru KFC dekat Mahsa University lepas tu, tapau kari ikan kat mamak dan balik. Tak larat dah aku nak masak. Penat ! Mama call bagitau tak payah datang rumah mama. Naura mama yang hantarkan dengan adik ipar. 

Setakat ni hanya sengal kat tempat cucuk tu sahaja dengan sakit lutut sebelah kanan aku. Tiba tiba sakit. Dah lama tak sakit. Lepas cucuk vaksin, malam semalam mula sakit. Harap hilang la sakit lutut tu sebab susah sangat aku nak bangun duduk masa solat.


Video sebelum hantar Naura ke rumah nenek kelmarin. Pertama kali tinggalkan dia. Kalau boleh semua mainan dia nak bawa.  


P/S: Lega bila dah dapat vaksin ni. Lewat sikit aku berkunjung balas blog korang ye. Banyak kerja pending semalam. Aku settlekan kerja dulu. 



Tag : emovere
13 Comment for "Walk In Vaksin Pfizer MBPJ "

Ya Naniey, di Sarawak pun sekarang ni dah banyak PPV walk-in dah tutup. Nasib baik Naniey ada tempat lagi. Alhamdulillah... Lega kan dah settle.

Semoga baik² aje. Aamiin. Fiza haritu hari kedua bari hilang rasa sengal² tu.

Alhamdulillah, Naura pun behave je. Mudah-mudahan second dose nanti dia ok je tinggal dengan nenek.

Alhamdulillah. Memang lega sangat setelah dapat suntikan vaksin. Moga baik-baik saja selepas ini.

tahniah! alhamdulillah.. moga wabak covid ini segera diangkat dari dunia ini oleh Allah swt

Banyak PPV dah tutup sekarang ni kan. Bertabahlah kena cari PPV lagi. Alhamdulillah segala urusan Allah permudahkan. Semoga baik baik je. Aaaminn...

sama ppv dgn mama.. semoga takde simptom yg teruk2 ye take care

Comel Naura pakai baju kurung nak gi umah nenek. Lega dah bervaksin. Alhamdulillah

alhamdulillah...dah dapat vaksin.. lega sikit kan... semoga cepat cepat dapat capai imuniti kelompok

lama jgk kena tgu hingga selesai..
tp alhamdulillah.. dpt vaksin..
setel 1st dose.. tgu utk 2nd dose pulak..
ingtkn jd sinovac clan.. xleh sep la.. haha

Alhamdulillah, dapat jugakkkk vaksinnya. Moga moga kesan sampingan tak terukkk. Saya haritu sehari lenguh tangan masa first dose.

Alhamdulillah. Selesai juga urusan vaksin dos pertama + dapat tarikh dos kedua. Semoga cepat pulih dari kesan vaksin, Naniey.

Alhamdulillah, dapat juga nak vaksin ni. Koyak juga kalau tetiba walk in tetiba tutup

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top