Assalamualaikum ...
Mencari Muqaddam Kampung | Last minit betul mommy ni . Malam ni kelas, petang tadi baru nak cari muqaddam. Jumaat lepas ustaz Naura dah bagitau nak muqaddam kampung yang lebih lengkap berbanding muqaddam yang Naura bawa ke kelas tu. Sabtu tu aku dah add to cart tapi lupa nak checkout. Nak beli hari Ahad, tapi if sampai hari ni mesti lepas maghrib sebab biasanya shopee express memang sampai lepas maghrib sedangkan kelas bermula lepas maghrib.
![]() |
| Muqaddam Juzuk Amma. |
Petang tadi ke Selayang dulu settlekan urusan sarung kerusi banquet yang customer order lepas tu pergi makan. Otw balik tu aku bagitau Lurviey muqaddam tal beli lagi. Dah whatsapp staff Pustaka Naufal tapi katanya belum sampai lagi. Then Lurviey singgah Pustaka Rakyat. Aku je masuk sebab tak de parking. Ramai ibu bapa tengah beli barang sekolah anak anak.
Naik tingkat atas puas aku belek tengok tak nampak pula muqaddam. Yang ada muqaddam Juzuk Amma. Aku belek kat dalam tak de bahagian yang ba bi bu , ban bin bun tu. Aku tanya staff ada tak muqaddam yang jenis lama dulu. Katanya kat Pustaka Rakyat tak de yang macam tu.
Nasib baik Lurviey teringat Kedai Buku Ameena Bee. Terus ke situ dan tanya staff dia ada tak muqaddam jenis lama. Alhamdulillah ada ! Harga RM3.90. Settle beli terus balik. Naura kena bawa muqaddam dan juga Iqra masa kelas mengaji. Alhamdulillah....
Perbezaan utama antara Muqaddam Amma dan Muqaddam Kampung terletak pada format, design, dan cara penyampaian, di mana Muqaddam Amma biasanya lebih moden, berwarna, dan mudah diikuti kanak-kanak, manakala Muqaddam Kampung cenderung kepada format klasik, tulisan tangan (atau tiruan), dan lebih ringkas, mengandungi Juz Amma (surah-surah pendek) dan asas tajwid, sesuai untuk peringkat awal belajar membaca Al-Quran secara tradisional.
Minggu ni macam pack pula waktu. Barang sekolah Naura masih banyak belum beli dan minggu depan dah mula sesi persekolahan baru. Risau dan berdebarnya aku. Macam aku pula nak masuk belajar. 😁
![]() |
| Semangat nak pergi mengaji |
Oh ye tadi Naura balik dari mengaji baru aku tengok apa perbezaan muqaddam ni. Tak de beza banyak pun. Ikut je la sebab ustaz yang minta dan ustaz lebih tahu cara macam mana nak ajar. Selebihnya mommy sambung ajar atau recall kat rumah. ☺️



1 Comment for "Mencari Muqaddam Kampung"
Wah..Naura semangat nak emngaji ye..bagus Naura...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)