Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Renew SSM Dengan Sistem EzBiz

 Assalamualaikum... 

Renew SSM Dengan Sistem EzBiz | Teringat dulu dulu setiap kali nak renew SSM kena pergi KL Central. Sesekali rindu juga nak pergi ke sana. Lepas settle renew pusing sorang sorang kat NU Sentral. Sekarang semuanya di hujung jari. Nak renew SSM or apa apa lesen yang berkaitan di hujung jari sahaja. Kalau hilang pun boleh trace balik dalam sistem Ezbiz Online

 

Tadi aku baru baca notifikasi kat dalam sistem Ezbiz 

Bermula 1 November 2025, semua Sijil dan Maklumat Perniagaan yang diperoleh melalui Portal Ezbiz SSM hanya boleh dimuat turun dalam tempoh 90 hari selepas permohonan diluluskan. Selepas tempoh tersebut, dokumen tidak lagi tersedia di portal Ezbiz dan anda perlu membeli semula melalui portal pembekal perkhidmatan SSM yang dilantik.

Jadi yang dah renew lesen perniagaan tu simpanlah elok elok dokumen tu bagi mengelakkan duit terbang keluar bila nak dokumen dah tak tersedia dah dalam sistem. Kena beli pula dengan orang lain? Why eh nak kena wujudkan pembekal yang handle dokumen ni pulak? Dan bila nak dokumen berkaitan perniagaan sendiri kena beli pula tu ! Heh.. 

SSM sepatutnya next month expired tapi disebabkan shopee tu tak terima SSM yang dah nak expired untuk verification terpaksa aku renew awal. Nak withdraw duit sendiri pun tak boleh. Sakit jiwa jap ! Baru hari kedua tahun baru.  Bertangguh tangguh akhirnya hari ni baru aku renew SSM dan terus settle verification kat shopee. 

0 Comment for "Renew SSM Dengan Sistem EzBiz"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top