Assalamualaikum...
Misi Mencari Durian Selesai ! | Lepas solat Asar kelmarin Lurviey mencari durian kat Sifu Durian Greenwood. Masa nak keluar nak beli buku kat sekolah Naura nampak satu lori durian baru sampai dan orang pun memang ramai makan kat situ. Lurviey beli semalam durian kampung 5 biji RM50. Puas hati sangat dapat makan semalam
![]() |
| Belum kopek 7 biji |
Tadi balik dari solat Isyak ambil fon nak pergi bayar durian. Katanya dah siap pilih dah. Nak pergi bayar je. Pokok durian sendiri jadi memang murah je seller jual. 10 biji RM50. MURAH SANGAT DAH ! Isi semuanya elok sedap. Dapat free 1 biji lagi. Alhamdulillah...
Nikmatnya dapat makan durian kampung. Tak kisah la asalkan durian, rasa manis lemak lemak pahit cukup dah kriteria aku. Yang gred mahal mahal tu sesekali boleh la. Sekarang makan durian dah ada saingan, Aryan !! Ada geng la makan durian. Lurviey makan tapi tak banyak sangat. Naura memang tak makan. Rugi betul. Nikmat tau durian ni. Dah banyak kali bagi dia cuba makan. Tak boleh terima tekak dia. Lol 😂
Tag :
emovere



4 Comment for "Misi Mencari Durian Selesai ! "
Linda memang 1 keluarga makan..jadi, memang berebut lah.. hahaha..murah nya..haisyhhh
Alhamdulillah
Musim durian kali ini memang harga mampu milik.
Tak aci, nak kena pergi serbu jugalah hihi... Semalam singgah dekat stadium selayang, mahal :(
Eh sama kita suka lemak manis pahit tu. Memang sedap. Cie baru je lepas makan durian ni. Sebiji makan 2 beranak je. Hihi
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)