Assalamualaikum...
Selesai Pendaftaran KAFA Naura |Macam tak percaya, akhirnya selesai juga pendaftaran KAFA Naura. Enam bulan lepas aku stress sebab KAFA dah tutup permohonan lepas tu penempatan SK yang aku mohon tak dapat sebab tiada kekosongan then di hantar ke SK Jalan Raja Muda lepas tu buat rayuan pun di tolak juga. Nasib baik kerani kat situ bantu tolong pertukaran PPD Keramat ke PPD Gombak. Dapatlah SK yang dekat dengan rumah.
Selesai SK barulah aku call KAFA dalam taman aku ni. Ada beberapa KAFA jadi aku call yang paling dekat dulu. Alhamdulillah masih ada kekosongan.
Pagi tadi aku minta Lurviey pergi settle pendaftaran KAFA 2026 sebab minggu depan dah mula sekolah. Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran Naura dan semoga ilmu yang dapat tu berkat dan berguna untuk diri sendiri dan masyarakat kelak. Aamiin..
Sebut pasal KAFA ada yang kata tak hantar pun tak pe. Tak penting pun. Anak perempuan tak pergi pun tak pe. Anak lelaki wajib pergi. Korang rasa?


2 Comment for "Selesai Pendaftaran KAFA Naura"
Cie hantar KAFA sejak anak2 umur 6 tahun sampai darjah 5. Untuk ilmu agama anak2. Kita nak ajar sendiri tak pandai.
Naura sekolah kat Kg Baru tu ke? KAFA ni terpulang individu, klu rasa nak tambah ilmu lebih tak salah hantar.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)