Assalamualaikum...
Selesai Minggu Pertama Persekolahan | Sedar tak sedar dah habis minggu ketiga tahun 2026. Masih dalam penyesuaian nak susun atur jadual harian.
Recap Minggu Ketiga 2026
![]() |
| Kena ulang dari awal semula |
Balik sekolah semalam, rutin waktu petang kalau tak hujan memang pusing pusing taman naik motor ambil angin petang. Selepas maghrib Naura pergi mengaji kat surau. Kalau bab membaca menghafal surah tu Alhamdulillah walaupun ada pelatnya. Cuma nak mengenal huruf bacaan tu masih belum pandai.
Menu masakan bekal Naura minggu pertama tanpa gambar sebab terlupa dan kurang rajin. 😁Nasi goreng, roti telur, roti sosej, mi goreng, kue teaw goreng, nasi ayam goreng kunyit, , macaroni bolognese, spagetti carbonara. #claptomyself sebab berjaya masak.
Hari pertama persekolahan bukak TV kot la ada liputan gelagat anak anak hari pertama persekolahan. Tak de pula macam zaman dulu dulu. Lepas tu tengok Selamat Pagi Malaysia pasal kristal ni. Lama tak tukar kristal.
![]() |
| Howlite & Tridacna untuk keseimbangan emosi gitu. |
Kristal pilihan hati kali ni tridacna dan howlite. Tak pernah pakai kristal putih. Tapi macam nak cuba rasa energy dari kristal putih ni pula 😁. Prefer kristal hitam macam black onyx, black tourmaline, obsidian.
Benda yang paling aku tak boleh hadam so called undefined emotion, mama kena buat mammogram dan biopsi then effect selepas biopsi tu buat mama rasa sakit sangat. Seksa sangat aku tengok mama menahan kesakitan. Semoga dipermudahkan urusan mama, di beri kesembuhan buat mama. Aamiin.
Apapun, Alhamdulillah untuk minggu ni. Macam macam rasa. Penat tapi happy juga sebab dapat sediakan bekal untuk Naura. Minggu ni pula nak fikir bekal apa nak bawa. Adakah selepas ni akan banyak entri pasal anak aku sekolah? Sindrom mak mak anak pertama masuk sekolah 🫣.



0 Comment for "Selesai Minggu Pertama Persekolah "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)