Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Rezeki Anak Anak

 Assalamualaikum ... 

Rezeki Anak Anak | Lepas Subuh pagi tadi mama whatsapp nak bawa Naura dan Aryan keluar cari barang sekolah. Siapkan dorang then tunggu Nenek dan Uncle datang pick up. Mama dah bagitau nak belikan Naura kasut sekolah dan beg sekolah dan aku belikan pakaian je nanti. Segan pula rasa tapi tu lah mama. Ada je benda nak belikan untuk cucunya. Alhamdulillah... Rezeki anak anak. 

Beg, kasut hitam, stoking, dan buku. 

Lebih kurang jam satu setengah bunyi hon, dorang dah balik. Masing masing bawa beg shopping sendiri ☺️ . Masing masing ada barang sendiri. Aryan yang belum sekolah lagi pun ada beg sekolah dan kasut juga.Bukan murah beg Aryan nenek belikan. Seram sejuk mommy tengok harga tu. Mommy hanya mampu ucap terima kasih je kat nenek. Semoga murah rezeki, panjang umur, dipelihara kesihatan dan keselamatan mama. Aamiin..  

Naura tu tetaplah dengan pony atau unicorn 🙄

Esok hingga Jumaat Lurviey akan sibuk dan mungkin Sabtu baru boleh keluar beli pakaian Naura. Betul betul last minit rasanya. Geram pun ada juga ni. Aku bukan last minit person berbeza dengan Lurviey dia memang last minit tapi top scorer ! Sekarang ni hadap je la. Nak stress pun tak guna sebab at the end tetap kena hadap juga. So chill je la. Tudung sekolah aku dah beli online jenis getah bawah dagu tu warna putih nila dan warna hitam tapi seller ada hantar warna putih mutiara. Bagi aku warna putih mutiara macam tak cantik la. So aku akan cari baju warna putih nila juga. Sebab cikgu dah pesan warna tudung kena match dengan warna baju dan kasut kena sama dengan stoking. Untung budak sekarang kain dah siap warna nila. Kalau zaman aku dulu kena guna nila. Kalau tak pandai berbelak la baju 🤣. Kenangan betul ! 




Tag : emovere
2 Comment for "Rezeki Anak Anak "

Alhamdulillah rezeki anak² ...Akk pergi Hari² Ahad lepas, sesak betul dlm kedai. Macam shopping raya ... Ambil je apa yg ada, then cepat² bayar & keluar.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top