Assalamualaikum....
Aktiviti Malam Tahun Baru | Malam tahun baru memang tak pernah pergi mana mana pun. Biasa memang duk rumah count down depan tv. Dah kahwin, ada Naura, keluar pusing pusing tengok bunga api dari atas kereta tapi time Naura tu bermulanya zaman Covid. Jadi mana ada keluar nak tengok bunga api ni semua.
Dah makin remaja bangka ni lagi malas nak keluar. Duk rumah lagi best sambil layan movie, makan makan or buat la apa yang boleh isi masa dengan anak anak.
![]() |
| Sedap pula walaupun tak de campuran pes asam pedas |
Tadi buat la Oden. Ye ke oden? Guna pes tomyam adabi je, kemudian letak bahan bahan steamboat tu dengan extra kaki ayam. Ratah sambil tengok movie Pamali yang baru release tu. Tak fokus sangat pun tengok tadi. Sudahnya ajak Naura dan Aryan sambung melukis.
Ralit duk fokus dengan tracing book ni. Bagus sebab anak anak jadi fokus. Aku perhatikan Naura jenis tak fokus sangat. Sejenis tak reti duk diam. Kejap ke situ, kejap ke sini. Eh risau plak aku nengok Naura ni. Dah nak masuk darjah satu dah tu! Aryan betul betul fokus. Dia tak layan benda lain. Ibarat lantak ler kamu ! Yang penting kerja aku settle gitu.
Best juga buku tracing ni. Aku pun terjebak sekali. Sedar tak sedar dah pukul 1.30 pagi. Aku suruh dorang sambung esok je.
Sekian malam tahun baru 2026 #nanieydom . Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Aamiin.



0 Comment for "Aktiviti Malam Tahun Baru "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)