Assalamualaikum...
Aqeel Check Up 9 Bulan | Alhamdulillah sedar tak sedar dah sembilan bulan Aqeel. Di sebabkan minggu ni masih minggu penyesuaian untuk aku memang kelam kabut juga aku. Jam 5.30 pagi masih duk fikir nak masak apa untuk bekal Naura. Then decide buat bekal macaroni je la. Tanya Naura nak kuah putih or kuah merah. For the first time Naura nak kuah merah. Lepas dia makan kat IKEA hari tu terus suka kuah tomato. Settle bab breakfast.
![]() |
| Minggu ni awal dia bangun |
Appointment jam 8 pagi, Alhamdulillah jam 9 pagi dah settle. BMI Aqeel semua ok. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan pagi ini. Boleh aku pergi rumah tengok mama sebelum uruskan Naura ke SK pula. Kelmarin mama buat biopsi kat HTA dan petang semalam aku ke rumah mama. Tangan mama bengkal dan sukar nak bergerak. Sakit sangat kata mama. Semoga sample yang diambil kelmarin bukanlah kanser. Aamiin .. Result 3 Februari ni.


0 Comment for "Aqeel Check Up 9 Bulan "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)